Perlukan Bantuan Pematuhan Syarikat Anda?

Berbincang dengan pakar kami untuk pastikan syarikat anda sentiasa patuh dengan keperluan SSM dan percukaian.

Hubungi Kami WhatsApp Kami
Shahrul Nizar Ghazali
Disemak oleh Pengamal Bertauliah
Shahrul Nizar Ghazali
Pengarah Eksekutif SASCO · Akauntan Bertauliah & Setiausaha Syarikat Berlesen
MIA No: 39799 · No. Sijil Amalan SSM: 201908001424
Kemaskini: Ogos 2026Ramai usahawan share senarai “25 geran 2026” yang tular kat media sosial — tapi bila kami semak satu-satu dengan laman rasmi agensi berkenaan, beberapa daripadanya sebenarnya pinjaman (bukan geran), ada yang dah tukar nama, dan ada satu yang kami tak jumpa langsung wujud dengan nama tu. Jadi kami tulis semula artikel ni dari awal, susun ikut kategori, dan setiap angka di bawah disemak terus dengan laman rasmi agensi masing-masing.Sebelum baca lanjut, satu pembahagian penting: geran (tak perlu bayar balik), pinjaman/pembiayaan (kena bayar balik, walaupun kadar faedah rendah), dan jaminan pinjaman (kerajaan jamin pinjaman anda dengan bank, bukan bagi duit terus). Ketiga-tiga jenis ni sering dicampur aduk dalam senarai yang tular — kami asingkan dengan jelas di bawah.Maklumat geran kerajaan memang kerap berubah — tarikh tutup, had jumlah, malah nama skim boleh tukar dalam masa beberapa bulan. Kami letak pautan rasmi setiap satu; sentiasa semak laman tu sekali lagi sebelum hantar permohonan.

1. Pembiayaan Mikro & Modal Kerja untuk Usahawan Kecil

Kalau perniagaan anda usahawan mikro/kecil dan perlukan modal permulaan atau modal kerja, ini antara laluan paling mudah untuk mula — walaupun kebanyakannya pembiayaan (kena bayar balik), bukan geran percuma.TEKUN Nasional (Skim TEKUN Niaga) — pembiayaan RM1,000 hingga RM100,000, khusus usahawan Bumiputera warganegara berumur 18-65 tahun, perniagaan 100% milik Bumiputera, modal berbayar tak lebih RM300,000. Laman rasmi TEKUN.AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia) — sebenarnya 3 skim berasingan (Skim Pembiayaan Ikhtiar, PENN 2.0 untuk wanita India B40, dan Skim Paduri Madani), semuanya untuk usahawan wanita/B40, kadar 10% flat, tempoh hingga 3 tahun, had hingga RM30,000. Laman rasmi AIM.BSN Micro/i MADANI — pembiayaan RM2,000 hingga RM100,000 untuk usahawan mikro am (sole prop, perkongsian, Sdn Bhd), operasi minimum 6 bulan, tempoh 1-7 tahun, kadar 3.5%-4.0% setahun. Laman rasmi BSN.BSN Micro/i Madani Sinar — julat sama (RM2,000-RM100,000) tapi khusus untuk kumpulan yang perlukan peluang kedua: OKU, bekas banduan, bekas pelatih AADK/JKM dan PERKESO. Laman rasmi BSN.

Geran usahawan, geran kerajaan, geran SME — apa bezanya?

Tiga istilah ni selalu bertindih dan orang guna silih berganti. Secara amnya: geran kerajaan merujuk kepada dana yang datang daripada kementerian atau agensi seperti SME Corp, MDEC, MCMC atau TEKUN. Geran usahawan biasanya ditujukan kepada individu atau perniagaan mikro yang baru bermula. Geran SME pula lazimnya untuk syarikat berdaftar yang dah ada rekod jualan dan tempoh operasi minimum.

Yang penting bukan istilahnya. Yang penting syarat kelayakan setiap program — jenis pendaftaran, tempoh operasi, jualan tahunan dan sama ada anda perlu beli melalui vendor berdaftar. Semak syarat rasmi setiap program sebelum mohon, sebab syarat berubah setiap pusingan peruntukan.

Sebelum mohon: kemaskan asas perniagaan dulu

Hampir setiap geran minta dua benda yang sama: pendaftaran perniagaan yang sah dan rekod kewangan yang boleh dibaca. Kalau dua ni tak beres, permohonan tersangkut walaupun projek anda bagus.

Kalau anda nak orang uruskan pendaftaran, cosec dan akaun sekali gus supaya permohonan geran tak tersangkut, SASCO buat semua tu. Lihat perkhidmatan penubuhan & setiausaha syarikat atau perkhidmatan perakaunan.

2. Bantuan Modal Kerja Skala Besar — SME Stabilisation Relief Facility (SRF)

Ini fasiliti RM5 bilion Bank Negara Malaysia yang dilancarkan pertengahan 2026 untuk bantu PKS yang terjejas gangguan ekonomi, bukan geran percuma tapi kadar sangat murah.Melalui institusi kewangan peserta lain (bukan BSN), had maksimum RM750,000, kadar sehingga 3.75% setahun (termasuk yuran jaminan), tempoh hingga 5 tahun — sesuai untuk PKS yang kurang cagaran/dokumentasi kukuh (penilaian kredit alternatif dibenarkan).Melalui channel BSN sendiri (dikenali sebagai MSME SRF), ada percanggahan angka: laman rasmi BSN catat julat RM5,000-RM250,000, tapi kenyataan media menyebut had RM100,000 untuk usahawan mikro. Sila hubungi terus BSN untuk had tepat sebelum mohon — kami tak nak beri anda angka yang belum pasti.Tempoh permohonan: 15 Mei 2026 hingga 31 Disember 2026, atau sehingga peruntukan RM5 bilion habis. Laman rasmi BNM (Funds for SME).

3. Jaminan Pinjaman Bank (Bukan Duit Terus)

Dua skim ni BUKAN geran atau pinjaman terus — kerajaan/agensi jadi penjamin supaya bank lebih yakin luluskan pinjaman anda. Berguna kalau permohonan pinjaman anda pernah ditolak bank atas isu cagaran.GGSM4 (Skim Jaminan Kerajaan MADANI 4) — oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), litupan jaminan 70-90%, had RM20 juta untuk PKS dan RM30 juta untuk syarikat pertengahan (mid-tier, hasil tahunan ≤RM500 juta, berorientasikan eksport). Laman rasmi SJPP.Skim Jaminan CGC (PG/PG-i) — oleh Credit Guarantee Corporation dengan sokongan Bank Negara, jumlah fasiliti RM10 bilion, litupan jaminan hingga 85%, had hingga RM10 juta sesyarikat — termasuk untuk peminjam pertama kali, usahawan mikro dan syarikat permulaan (startup). Laman rasmi CGC.

4. Digitalisasi, Automasi & Pertumbuhan Perniagaan

Dua skim ni kerap dikelirukan antara satu sama lain dalam senarai yang tular — kami pisahkan dengan jelas.Skim Pembiayaan Mudah untuk PKS 2.0 (SFSME 2.0) — ini pembiayaan/pinjaman (bukan geran), RM50,000 hingga RM5 juta pada kadar 5% setahun, melalui MIDF di bawah Program SINAR (KUSKOP/SME Corp), untuk PKS yang perlukan modal kerja atau pembelian aset — bukan khusus untuk digitalisasi.Skala-IB (Program Penskalaan Perniagaan Inklusif) — ini yang sebenarnya geran padanan: pembiayaan hingga 90% kos projek, plafond RM200,000, untuk projek perniagaan inklusif yang melibatkan komuniti sasar (termasuk B40). Di bawah SME Corp Malaysia, sebahagian daripada Program SINAR. Laman rasmi SME Corp.

5. Eksport & Pembangunan Pasaran

Market Development Grant (MDG) MATRADE — untuk syarikat Malaysia yang nak kembangkan pasaran/eksport (termasuk badan profesional, persatuan perdagangan, koperasi). Had seumur hidup RM300,000 sesyarikat, meliputi kos seperti penyertaan pameran luar negara, misi dagangan dan pensijilan eksport. Kadar reimbursement berbeza ikut kategori aktiviti — semak jadual rasmi terkini sebelum anggarkan bajet anda. Permohonan melalui portal MADANI Digital Trade. Laman rasmi MATRADE.

6. Usahawan Wanita

MySMELady 2.0 — oleh SME Bank, pembiayaan RM100,000 hingga RM3 juta, kadar tetap 5% setahun, tempoh hingga 5 tahun, untuk syarikat milikan/dipimpin wanita (≥51% ekuiti wanita, atau CEO wanita pegang ≥10% ekuiti), operasi minimum 2 tahun. Laman rasmi SME Bank.BR BizLady-i — oleh Bank Rakyat, dua tier: mikro RM1,000-RM50,000 (operasi ≥3 tahun) dan PKS RM50,001 hingga RM1 juta (operasi ≥1 tahun, untung, Shariah-patuh). Poster yang tular sering sebut “hingga RM1 juta” je tanpa jelaskan ini had tier PKS sahaja.DanaNITA (MARA) — pembiayaan khusus wanita Bumiputera hingga RM150,000. Ini yang kami rasa dimaksudkan oleh “Skim Wanita TEKUN” dalam senarai yang tular — nama tu sebenarnya tak wujud di TEKUN.TEKUN sendiri ada Program Wanita KASEH — gabungan latihan, mentoring dan mikropembiayaan untuk usahawan wanita, tiada had RM tetap yang diumumkan secara terbuka; semak terus dengan TEKUN untuk butiran semasa.

7. Belia & Usahawan Muda

TUBE-S (Tunas Usahawan Belia Bumiputera – SKALA) — oleh SME Corp, untuk belia Bumiputera 18-30 tahun dengan perniagaan berdaftar kurang 36 bulan. Fasa 1: bengkel keusahawanan 7 hari. Fasa 2: mentoring 12 bulan. Geran hingga RM15,000, dibayar terus kepada vendor berdaftar (bukan tunai). Laman rasmi TUBE.Geran Agropreneur NextGen — oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, dua tier: Start-Up hingga RM30,000 dan Scale-Up hingga RM50,000, untuk belia dan usahawan agro. Permohonan melalui portal eGAM, dibuka sepanjang tahun. Portal eGAM.Insentif Belia Pelancongan Melaka — khusus belia 20-35 tahun di Melaka yang menceburi perniagaan pelancongan/warisan/kraf/pemandu pelancong. Hingga RM10,000 seorang, jumlah dana RM500,000 untuk kira-kira 200 penerima. Tiada portal online rasmi — mohon terus melalui UPEN atau Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka.

8. Kumpulan Sasar Khas — B40, OKU, Warga Emas & Pelajar

Bantuan Geran Pelancaran (JKM) — oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM2,700 sekaligus untuk klien berdaftar JKM (B40/miskin tegar) yang berpotensi menjana pendapatan sendiri. Mohon melalui pejabat JKM daerah atau portal e-Bantuan JKM.Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) — SSM — bukan geran duit, tapi jimat kos pendaftaran syarikat: pendaftaran perniagaan PERCUMA selama 2 tahun (baru dilanjutkan daripada 1 tahun, berkuat kuasa 1 Jun 2026), untuk B40 (penerima BPN 2.0/BPR/BKM/mySalam) dan pelajar sepenuh masa IPT/politeknik/kolej. Mohon melalui ezbiz.ssm.com.my. Laman rasmi SSM.

9. Usahawan Luar Bandar & Pertanian

SPKLB (nama panjang berbeza ikut sumber KKDW — Skim Pemerkasaan/Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar) — oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, geran RM3,000 hingga RM10,000 untuk usahawan mikro/kecil luar bandar yang beroperasi ≥1 tahun dengan jualan tahunan bawah RM200,000. Disalurkan melalui agensi pelaksana seperti MARA, FELCRA, RISDA, JAKOA, KEMAS dan lain-lain — tiada portal pusat, hubungi agensi berkenaan di kawasan anda.Geran CUP (Change Upgrade Product) — oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, geran padanan untuk usahawan mikro/kecil makanan, pertanian dan asas tani dengan jualan tahunan bawah RM300,000. Angka siling tepat tidak dapat kami sahkan sepenuhnya semasa penulisan artikel ni (laman rasmi menyekat capaian automatik) — hubungi terus KPKM untuk angka terkini sebelum mohon.

10. Industri Kreatif

Skim Dana Padanan MyCreative (SDP) — oleh MyCreative Ventures, geran padanan 1:1 hingga RM250,000, untuk industri kreatif (seni persembahan, seni visual, kraf, muzik, kandungan digital kreatif). Pusingan 2026 terkini yang kami jumpa tutup 27 Mei 2026 — semak laman rasmi untuk tarikh pusingan baru. Laman rasmi MyCreative.Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak — perlu kami betulkan: nama ni sering disenaraikan sebagai “Dana Warisan & Kesenian Sarawak” untuk PKS, tapi kelayakan rasmi sebenarnya untuk individu penggiat seni dan NGO/persatuan berdaftar sahaja — bukan syarikat/PMKS. Kalau perniagaan anda Sdn Bhd/Enterprise, dana ni bukan untuk anda. Diuruskan oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak.

11. Bantuan Peringkat Negeri & Tempatan

Banyak lagi bantuan disediakan oleh kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang tak masuk senarai kebangsaan — contoh yang kami sahkan:Potongan Fi Lesen DBKL — berkuat kuasa 1 Julai 2026, DBKL tawarkan pilihan renewal lesen perniagaan pelbagai tahun dengan diskaun: 5% untuk renewal 2 tahun, 10% untuk renewal 3 tahun (sebelum ni renewal hanya tahunan). Syarat: tiada tunggakan kompaun atau sewa. Ini bukan diskaun blanket semua lesen — ia insentif untuk pilih tempoh renewal lebih panjang. Portal e-Lesen DBKL.Insentif Belia Pelancongan Melaka (bahagian 7 di atas) dan Dana Mudahcara Warisan Sarawak (bahagian 10 di atas) juga contoh bantuan peringkat negeri. Kalau perniagaan anda di negeri lain, semak laman rasmi Pihak Berkuasa Negeri/PBT tempatan anda — selalu ada bantuan serupa yang tak dapat publisiti kebangsaan.

12. MARA — Payung Bantuan Bumiputera

MARA (Majlis Amanah Rakyat) ada banyak skim pembiayaan Bumiputera di bawah satu bumbung. Antara yang kami sahkan (angka boleh berubah, sentiasa semak laman rasmi):
  • PUTRA — usahawan belia (≤40 tahun), hingga RM100,000
  • SEMAI — bakal usahawan/graduan institusi MARA, hingga RM500,000
  • DanaNITA — usahawan wanita Bumiputera, hingga RM150,000 (rujuk juga bahagian 6 di atas)
  • PROFESIONAL — profesional berlesen (doktor, akauntan, ahli farmasi dan lain-lain), hingga RM500,000
  • SJUM — jaminan bersama bank, hingga RM2 juta, litupan jaminan 80%
  • GEB — untuk eksporter (kerjasama dengan SME Corp), hingga RM2.5 juta
  • SPiM — skim pembiayaan umum, angka siling terkini tak dapat kami sahkan sepenuhnya dalam carian kami — semak terus di laman MARA
Laman rasmi MARA.

Tips Memohon: Apa Yang Selalu Buat Permohonan Ditolak

  • Rekod kewangan tak lengkap. Hampir semua geran/pembiayaan minta penyata kewangan atau penyata bank. Ini sebab paling biasa permohonan tersangkut.
  • Maklumat SSM tak dikemaskini. Pastikan pendaftaran masih sah dan aktiviti perniagaan berdaftar sepadan dengan skim yang dipohon.
  • Mohon skim yang tak sepadan. Baca skop betul-betul — geran digitalisasi untuk kos digital, bukan untuk beli stok atau bayar gaji.
  • Ambil senarai media sosial bulat-bulat. Macam yang kami tunjuk dalam artikel ni, senarai “geran 2026” yang tular selalu ada nama silap, angka lapuk atau skim yang dah tak wujud. Sentiasa cross-check dengan laman rasmi agensi sebelum bina rancangan perniagaan sekitar sesuatu geran.
  • Tunggu saat akhir. Kebanyakan skim ni first come first served sehingga peruntukan habis.
Maklumat geran, pembiayaan dan jaminan pinjaman berubah dari semasa ke semasa — tarikh tutup, had jumlah dan malah nama skim boleh bertukar dalam beberapa bulan sahaja. Sentiasa rujuk laman rasmi agensi sebelum menghantar sebarang permohonan.

Perlukan Bantuan Menyediakan Dokumen?

SASCO membantu klien menyediakan penyata kewangan, unjuran dan dokumen sokongan untuk permohonan geran, pembiayaan dan jaminan pinjaman. Kalau bisnes anda masih Enterprise dan skim yang anda incar memerlukan Sdn Bhd, kami boleh uruskan penubuhan atau penukaran ke Sdn Bhd sekali. Hubungi kami atau WhatsApp terus di 012-276-9300.

Soalan Lazim

Yang mana geran betul-betul PERCUMA (tak payah bayar balik)?

Antara yang kami sahkan sebagai geran sebenar (bukan pinjaman): Skala-IB, MDG MATRADE, TUBE-S, Agropreneur NextGen, SDP MyCreative, Bantuan Geran Pelancaran JKM dan SPKLB. TEKUN, AIM, BSN Micro/i, MySMELady 2.0 dan BR BizLady-i pula pembiayaan/pinjaman yang kena dibayar balik walaupun kadar faedah rendah.

GGSM4 dan Skim Jaminan CGC tu geran ke?

Bukan. Kedua-dua ni skim jaminan pinjaman — kerajaan/agensi jamin pinjaman anda dengan bank supaya bank lebih yakin luluskan, bukan bagi duit terus kepada anda. Anda tetap perlu mohon pinjaman biasa dengan bank dan bayar balik seperti biasa.

Bolehkah perniagaan Enterprise (bukan Sdn Bhd) mohon skim-skim ni?

Boleh untuk kebanyakan skim seperti TEKUN, BSN Micro/i dan SPPP SSM, tapi sesetengah skim (terutama geran padanan skala besar seperti Skala-IB atau SDP MyCreative) mungkin lebih senang diluluskan untuk syarikat berdaftar Sdn Bhd. Semak syarat kelayakan setiap skim dengan teliti.

Kenapa artikel ni beza dengan senarai geran yang saya nampak tular kat media sosial?

Kami semak setiap item dalam senarai yang tular terhadap laman rasmi agensi berkenaan. Beberapa nama silap (contoh "Skim Wanita TEKUN" tak wujud dengan nama tu), beberapa angka bercanggah dengan laman rasmi (contoh MSME SRF), dan sekurang-kurangnya satu (Dana Warisan Sarawak) sebenarnya untuk individu/NGO, bukan syarikat. Kami betulkan semua tu di sini.

Bolehkah saya mohon lebih dari satu skim serentak?

Secara umum boleh, asalkan skop dan tujuan setiap skim berbeza dan anda tidak minta pembiayaan berganda untuk perkara yang sama. Baca terma setiap skim untuk pastikan tiada konflik.

Kalau permohonan saya ditolak, bolehkah saya mohon semula?

Kebanyakan agensi membenarkan permohonan semula selepas anda memperbaiki isu yang menyebabkan penolakan, seperti melengkapkan dokumen kewangan. Semak dasar khusus agensi berkenaan.

Adakah maklumat dalam artikel ni akan berubah?

Ya, hampir pasti. Geran kerajaan kerap dikemaskini, ditukar nama atau ditutup bila peruntukan habis. Kami kemaskini artikel ni dari semasa ke semasa, tapi sentiasa sahkan sekali lagi di laman rasmi agensi sebelum hantar permohonan — terutamanya untuk angka RM dan tarikh tutup.

Apa Kata Pelanggan Kami

Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google

Apa kata pelanggan SASCO?
google
Alhamdulillah sudah tahun ke 4 dengan SASCO, service yang bagus staff pun competent friendly harga economic, moga terus maju jaya.
google
Had a great experience during the Xero training session with Ms. Fatin. She is highly knowledgeable and patient in explaining the features and workflows. The training was well-structured and very practical for our day-to-day operations. Her expertise is definitely a great asset. Thank you for the excellent service!
google
SASCO Sdn. Bhd. memberikan perkhidmatan yang efisien dan berkualiti. Komunikasi yang jelas serta layanan profesional menjadikan urusan lebih mudah dan teratur. Highly recommended.
google
Alhamdulillah, SASCO has a very good team. Everyone is very friendly, professional, and always responsive whenever I need assistance. The service provided is truly excellent 👍
I really appreciate the continuous support, clear guidance, and helpful advice given throughout the process. It has been a smooth and pleasant experience dealing with such a dedicated and committed team.
Thank you once again for all the support and outstanding service. Keep up the great work!