Perlukan Bantuan Pematuhan Syarikat Anda?
Berbincang dengan pakar kami untuk pastikan syarikat anda sentiasa patuh dengan keperluan SSM dan percukaian.
Hubungi Kami WhatsApp KamiApa Itu Sdn Bhd? Kelebihan, Kekurangan dan Bila Patut Tukar
Ramai usahawan tanya soalan sama: patut ke saya buka Sdn Bhd, atau kekal dengan Enterprise? Artikel ini terangkan apa itu Sdn Bhd dengan bahasa mudah, kelebihan dan kekurangannya, serta bila masa yang sesuai untuk anda buat langkah ini.
Apa Maksud Sdn Bhd?

Beza Utama Sdn Bhd Dengan Enterprise
Struktur Asas Sebuah Sdn Bhd
- Pemegang saham: pemilik syarikat. Kuasa mereka ikut peratusan saham. Keputusan besar seperti tukar perlembagaan atau lantik juruaudit perlu kelulusan mereka.
- Pengarah: yang menguruskan syarikat dari hari ke hari. Pengarah ada tanggungjawab fidusiari di bawah Akta Syarikat 2016 dan boleh dipertanggungjawabkan secara peribadi kalau melanggar kewajipan.
- Setiausaha syarikat: penjaga pematuhan. Wajib dilantik dalam 30 hari selepas pemerbadanan dan mestilah individu bertauliah yang bermastautin di Malaysia.
Kelebihan Sdn Bhd
1. Liabiliti Terhad
Aset peribadi anda terlindung kalau bisnes menghadapi masalah kewangan atau tuntutan undang-undang.2. Kadar Cukai SME Yang Rendah
Syarikat dengan modal berbayar RM2.5 juta ke bawah dan pendapatan kasar bawah RM50 juta layak untuk kadar cukai SME:- 15% untuk RM150,000 pertama pendapatan bercukai
- 17% untuk RM150,001 hingga RM600,000
- 24% untuk baki selebihnya
3. Lebih Mudah Dapat Pembiayaan dan Geran
Bank, pelabur dan agensi kerajaan lebih yakin dengan Sdn Bhd sebab penyata kewangan diaudit dan struktur lebih telus. Banyak tender dan geran kerajaan hanya terbuka kepada Sdn Bhd.4. Kesinambungan Perniagaan
Syarikat terus wujud walaupun pemegang saham bertukar atau meninggal dunia. Saham boleh dipindah milik. Bisnes anda boleh diwariskan atau dijual dengan lebih teratur.5. Kredibiliti
Nama dengan “Sdn Bhd” di belakang memberikan gambaran bisnes yang serius dan mematuhi peraturan. Untuk urusan dengan klien korporat, ini ada nilai tersendiri.Kekurangan Sdn Bhd
1. Kos Penubuhan dan Penyelenggaraan
Fi pendaftaran SSM RM1,000, ditambah kos setiausaha syarikat, penyediaan akaun, audit dan pemfailan cukai setiap tahun. Enterprise jauh lebih murah nak selenggara.2. Kewajipan Pematuhan
Sdn Bhd wajib lantik setiausaha syarikat, failkan annual return, sediakan penyata kewangan beraudit dan patuhi macam-macam keperluan Akta Syarikat 2016. Ada deadline, ada penalti kalau lewat.3. Maklumat Terbuka
Sesiapa sahaja boleh beli maklumat syarikat anda dari SSM, termasuk maklumat pengarah dan pemegang saham.4. Duit Syarikat Bukan Duit Peribadi
Ini perubahan mindset yang besar. Anda tak boleh keluarkan duit syarikat sesuka hati macam akaun Enterprise. Pengeluaran perlu melalui gaji pengarah, dividen atau cara lain yang direkodkan dengan betul.Contoh Mudah: Penjimatan Cukai Enterprise vs Sdn Bhd
Kewajipan Tahunan Sdn Bhd
- Annual return: difailkan dengan SSM setiap tahun dalam tempoh 30 hari dari ulang tahun pemerbadanan
- Penyata kewangan: disediakan, diaudit (melainkan layak pengecualian) dan diedarkan dalam tempoh ditetapkan
- CP204: anggaran cukai dihantar kepada LHDN dan dibayar secara ansuran bulanan
- Borang C: pemfailan cukai syarikat dalam 7 bulan selepas tutup tahun kewangan
- e-Invois: ikut fasa yang berkenaan dengan jualan tahunan syarikat
Bila Patut Tukar ke Sdn Bhd?
- Untung tahunan dah melepasi RM100,000 hingga RM150,000 dan cukai peribadi makin tinggi
- Anda nak mohon pembiayaan bank, geran atau tender kerajaan
- Bisnes anda ada risiko liabiliti (kontrak besar, produk, projek)
- Anda nak bawa masuk rakan kongsi atau pelabur
- Klien korporat anda minta berurusan dengan Sdn Bhd
Masih Tak Pasti?
Soalan Lazim
Berapa modal minimum nak buka Sdn Bhd?
RM1 sahaja. Tapi secara praktikal, letakkan modal yang munasabah untuk operasi dan kredibiliti dengan bank.
Sdn Bhd wajib audit ke?
Secara umumnya ya, penyata kewangan perlu diaudit setiap tahun. Ada kategori syarikat kecil yang layak untuk pengecualian audit tertakluk kepada kriteria SSM. Tanya setiausaha syarikat anda sama ada syarikat anda layak.
Boleh ke saya jadi pengarah dan pemegang saham seorang diri?
Boleh. Akta Syarikat 2016 membenarkan Sdn Bhd dengan seorang pengarah dan seorang pemegang saham, orang yang sama pun tak apa.
Untung syarikat macam mana nak keluarkan sebagai duit sendiri?
Cara paling biasa: gaji pengarah (dicukai atas nama peribadi, tapi jadi perbelanjaan syarikat) dan dividen (dibayar dari untung selepas cukai, tak dicukai lagi di tangan penerima bagi kebanyakan kes). Gabungan yang optimum bergantung pada situasi anda, dan di sinilah nasihat akauntan bernilai.
Kalau bisnes saya rugi, Sdn Bhd masih kena bayar apa-apa?
Cukai tiada kalau tiada pendapatan bercukai, tapi kos pematuhan tetap ada: setiausaha syarikat, penyediaan akaun dan pemfailan. Kerugian syarikat boleh dibawa ke hadapan untuk ditolak dari untung tahun-tahun akan datang, tertakluk kepada syarat.Dah nekad nak mula? Ikut panduan cara daftar syarikat Sdn Bhd langkah demi langkah.nn
