Panduan » Bahasa Malaysia » e-Invois LHDN

Kalkulator e-Invois LHDN

LHDN laksanakan e-Invois secara berperingkat ikut perolehan tahunan syarikat. Masukkan perolehan syarikat anda di bawah untuk semak fasa yang terpakai dan bila ia jadi wajib.

Anggaran berdasarkan jadual fasa e-Invois rasmi LHDN. Sila sahkan kewajipan tepat anda dengan LHDN atau pasukan kami.

Ramai syarikat pilih untuk uruskan penyediaan e-Invois terus melalui automasi Xero kami, supaya setiap invois disahkan secara automatik tanpa kerja manual berulang.

Apa Itu e-Invois dan Kenapa Fasa Anda Penting?

e-Invois adalah mandat invois elektronik LHDN di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Daripada keluarkan invois biasa, perniagaan anda jana invois melalui Portal MyInvois atau sistem perakaunan yang disambungkan, dan LHDN sahkan invois tu hampir serta-merta sebelum dihantar kepada pelanggan anda. Pelaksanaan ni bukan sekali gus — LHDN buat secara berperingkat ikut perolehan tahunan, dan itulah yang kalkulator di atas semak untuk anda.

Fasa Pelaksanaan e-Invois di Malaysia

  • Lebih RM100 juta — wajib sejak 1 Ogos 2024 (Fasa 1)
  • RM25 juta – RM100 juta — wajib sejak 1 Januari 2025 (Fasa 2)
  • RM5 juta – RM25 juta — wajib sejak 1 Julai 2025 (Fasa 3)
  • RM1 juta – RM5 juta — wajib sejak 1 Januari 2026 (Fasa 4)
  • RM500,000 – RM1 juta — wajib mulai 1 Julai 2026, dengan tempoh kelonggaran sehingga 31 Disember 2026 (Fasa 5)
  • Bawah RM500,000 — buat masa ini dikecualikan daripada e-Invois

Setiap fasa ada tempoh kelonggaran interim 6 bulan di mana LHDN benarkan e-Invois konsolidasi dan tidak denda kesilapan pengesahan, selagi anda betul-betul usaha untuk patuh. Untuk breakdown penuh berserta tarikh dan pengecualian, baca Garis Masa Pelaksanaan e-Invoice LHDN kami.

Apa Jadi Kalau Terlepas Deadline?

Bila fasa anda dah wajib, keluarkan invois tanpa pengesahan e-Invois boleh bawa tindakan pematuhan dan penalti di bawah Akta Cukai Pendapatan. Kami cover butiran penuh — termasuk apa yang LHDN check dulu — dalam Apa Risiko Kalau Syarikat Tidak Patuh e-Invoice. Baru nak faham e-Invois dari awal? Mula dengan Apa Itu e-Invoice? Panduan Lengkap Untuk Perniagaan.

Soalan Lazim

Kalkulator ni guna perolehan sebenar syarikat saya ke?
Ya — masukkan perolehan tahunan sebenar syarikat anda dan ia terus padankan dengan fasa LHDN yang betul.

Saya syarikat baru — fasa mana terpakai untuk saya?
Perniagaan yang baru ditubuhkan ikut peraturan sedikit berbeza, berdasarkan bila perolehan anda mula melepasi RM500,000. Pasukan kami boleh sahkan tarikh mula sebenar anda kalau tak pasti.

← Kembali ke Panduan e-Invois LHDN