Soalan Lazim
Apakah perkhidmatan HR & Penggajian yang ditawarkan SASCO?
Kami menawarkan pendaftaran EPF, SOCSO dan EIS untuk pekerja/majikan, pengurusan kontrak pekerja (lantikan dan penamatan), pengurusan faedah pekerja, serta perkhidmatan penggajian bulanan (payroll) menggunakan sistem Payroll Panda.
Apa yang termasuk dalam perkhidmatan penggajian bulanan?
Penyediaan penggajian bulanan, pembayaran gaji, pemotongan dan pembayaran kepada pihak berwajib (EPF, SOCSO, EIS, LHDN), serta penyediaan dan penghantaran Borang E.
Adakah SASCO bantu pendaftaran EPF, SOCSO dan EIS untuk syarikat baharu?
Ya, kami bantu pendaftaran dengan pihak berwajib untuk pekerja dan majikan, termasuk pendaftaran fail cukai pekerja.
Apa itu Borang E dan Borang EA, dan bila perlu dihantar?
Borang E (bagi pihak syarikat) dan Borang EA (bagi setiap pekerja) wajib dihantar setiap tahun kepada LHDN, melaporkan maklumat gaji dan potongan cukai pekerja. Kami bantu sediakan dan hantar Borang E dan Borang EA bagi pihak majikan.
Bolehkah SASCO uruskan penamatan kontrak pekerja mengikut undang-undang buruh?
Ya, kami bantu dalam aspek kontrak pekerja termasuk lantikan dan penamatan, memastikan ia mematuhi keperluan berkanun.
Adakah perkhidmatan ini sesuai untuk syarikat dengan bilangan pekerja kecil?
Ya, perkhidmatan outsourcing HR & penggajian kami sesuai untuk pelbagai saiz perniagaan yang mahu pastikan pematuhan berkanun diuruskan dengan betul tanpa perlu bina pasukan HR dalaman. Ramai client kami mula outsource sejak pekerja pertama.
Berapa kos perkhidmatan HR & payroll SASCO?
Kos bergantung kepada bilangan pekerja dan kekerapan payroll run. Hubungi kami untuk sebut harga yang sesuai dengan saiz perniagaan anda.
Kalau saya dah ada sistem payroll sendiri, boleh SASCO bantu semak sahaja?
Boleh. Kami juga sediakan semakan pematuhan payroll (payroll compliance review) untuk syarikat yang nak pastikan sistem sedia ada mereka betul sebelum audit atau pemeriksaan LHDN/KWSP.
Macam mana saya nak anggarkan gaji bersih pekerja sebelum daftar dengan SASCO?
Guna Kalkulator Gaji & Caruman EPF/SOCSO percuma kami untuk anggaran pantas, atau baca panduan cara kira gaji bersih pekerja.