

SASCO Sdn. Bhd. ialah sebuah firma Perakaunan, Persyarikatan, Penasihat Kewangan dan Pengurusan Korporat yang beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya dan mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dan Alor Setar. SASCO Sdn Bhd ditubuhkan oleh 2 orang Akauntan Bertauliah yang juga ahli berdaftar Malaysia Institute of Accountant (MIA) dan mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman yang meliputi hampir semua aspek Perniagaan termasuklah Nasihat Korporat, Perakaunan dan Setiausaha Syarikat. SASCO Sdn Bhd juga merupakan anak syarikat Revup Ventures Sdn Bhd dan sekutu kepada Ahmad Shahrul & Co (NF1900).
Pengarah Urusan
Ahmad Rizal mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam pengurusan kewangan, pembangunan keusahawanan dan khidmat nasihat korporat.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di Cradle Fund Sdn Bhd dan terlibat secara langsung dalam pembangunan ekosistem startup di Malaysia.
Bidang Kepakaran:

Ahmad Rizal Abd Razak
Pengarah Urusan
Kelayakan, Pelantikan dan Keahlian Profesional

Shahrul Nizar Ghazali
Pengarah Eksekutif
Kelayakan, Pelantikan dan Keahlian Profesional
Shahrul merupakan Rakan Kongsi dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat RVSB. Beliau ialah Akauntan Bertauliah C.A (M) dan Setiausaha Syarikat Berlesen yang berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Beliau juga merupakan ASEAN Chartered Professional Accountant (ASEAN CPA), Ahli Bersekutu Institute of Internal Auditors (IIA) dan Ahli Profesional ESG Malaysia. Beliau kini sedang mengikuti proses pensijilan SHRM Senior Certified Professional (SHRM-SCP) bagi memperkukuh kompetensi dalam kepimpinan strategik, pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi.
Dengan pengalaman lebih 20 tahun, Shahrul mempunyai kepakaran dalam tadbir urus korporat, audit dalaman, pengurusan kewangan, pematuhan, pengurusan risiko, khidmat nasihat perniagaan dan pembangunan organisasi.
Beliau pernah berkhidmat dengan Malaysia Airlines Berhad selama hampir 15 tahun dalam fungsi Operasi, Audit Dalaman dan Kewangan. Beliau turut terlibat dalam pelaksanaan inisiatif pemulihan dan transformasi syarikat, serta menyumbang sebagai sukarelawan dalam usaha pengurusan krisis berkaitan insiden MH370 dan MH17.
Sepanjang kerjayanya, Shahrul turut berkhidmat di OMRON (Malaysia) Sdn. Bhd., Media Prima Berhad dan Celcom Axiata Berhad, yang memperkukuh pengalamannya dalam bidang kewangan, kawalan dalaman, audit, pengurusan risiko dan tadbir urus korporat.
Selain itu, beliau berkhidmat secara sambilan sebagai Ahli Panel Penasihat Industri di Limkokwing University of Creative Technology, menyumbang pandangan industri bagi menyokong kerelevanan kurikulum dan kebolehpasaran graduan.
Beliau juga dilantik sebagai Ejen Perunding Lembaga Zakat Selangor (MAIS) bagi membantu meningkatkan kesedaran serta memberikan panduan berkaitan urusan zakat kepada individu dan organisasi.
Akauntan Bertauliah dan Setiausaha Syarikat – SASCO SDN. BHD. (1311716-T) bersedia untuk membantu anda menangani semua isu dan permasalahan berkaitan Persyarikatan, Perakaunan dan Korporat syarikat anda. Hubungi kami di talian atau datang ke pejabat kami di Ara Damansara, Petaling Jaya atau cawangan kami di Kuala Lumpur dan Alor Setar untuk berbincang terus mengenai hal-hal berkaitan.











































































































Apabila perniagaan semakin berkembang, struktur Enterprise mungkin tidak lagi memenuhi keperluan operasi dan pertumbuhan syarikat. Menukar Enterprise kepada Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) merupakan langkah strategik yang membolehkan perniagaan mempunyai struktur korporat yang lebih kukuh, meningkatkan keyakinan pelanggan serta membuka lebih banyak peluang untuk mendapatkan pembiayaan dan mengembangkan perniagaan.
SASCO Sdn Bhd juga merupakan anak syarikat Revup Ventures Sdn Bhd dan sekutu kepada Ahmad Shahrul & Co (NF1900)
Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google
Beberapa butiran ringkas supaya kami boleh bantu dengan lebih pantas.
Mesej anda sudah siap ditulis. Kalau WhatsApp tak terbuka sendiri, guna butang di bawah.
Buka WhatsAppIsi ringkas details ni, kami sambungkan terus ke WhatsApp.