Panduan » Bahasa Malaysia

Kalkulator Cukai Korporat (SME)

Ketahui sama ada syarikat anda layak kadar cukai SME, dan anggarkan cukai korporat tahunan anda guna struktur berperingkat rasmi LHDN. Masukkan modal berbayar, perolehan kasar dan pendapatan bercukai syarikat anda di bawah.

Percuma · Kadar YA2025/2026

Kalkulator Cukai Korporat (SME)

Ketahui sama ada syarikat anda layak kadar cukai SME, dan anggarkan cukai korporat anda guna struktur berperingkat rasmi.

Maklumat Syarikat
Semakan Kelayakan SME

Anggaran untuk panduan sahaja, berdasarkan struktur cukai korporat berperingkat SME/bukan-SME standard. Sesetengah potongan, insentif, dan pelepasan (contoh: elaun modal, taraf perintis) tidak dikira di sini. Sila sahkan status tepat anda dengan LHDN atau pasukan cukai kami.

Anggaran ini bagi rujukan awal sahaja. Untuk pengiraan cukai korporat sebenar dan pemfailan Borang C syarikat anda, pasukan perakaunan kami sedia membantu.

Apa Itu Kadar Cukai SME dan Siapa Layak?

Syarikat Sdn Bhd di Malaysia yang layak sebagai SME dapat nikmati kadar cukai korporat berperingkat yang lebih rendah daripada kadar standard 24%. Untuk layak, syarikat anda kena penuhi semua syarat ni:

  • Modal berbayar RM2.5 juta atau kurang (atau sumbangan modal RM2.5 juta ke bawah untuk PLT)
  • Perolehan kasar tahunan tidak melebihi RM50 juta
  • Bukan dikawal oleh syarikat berkaitan yang lebih besar (syarikat induk atau grup)
  • Bukan syarikat pegangan pelaburan (investment holding company)

Struktur Kadar Cukai Berperingkat (YA2026)

  • 15% ke atas RM150,000 pendapatan bercukai pertama
  • 17% ke atas RM450,000 seterusnya (RM150,001 hingga RM600,000)
  • 24% ke atas baki melebihi RM600,000

Kalkulator di atas kira semua ni secara automatik ikut modal berbayar, perolehan kasar dan pendapatan bercukai yang anda masukkan. Untuk pecahan penuh berserta contoh pengiraan, baca Kadar Cukai Korporat Malaysia: Apa Perlu Anda Tahu.

Nota: Belanjawan 2027 cadangkan turunkan dua band pertama kepada 14% dan 16% mulai YA2027, tapi ini masih cadangan sehingga Rang Undang-Undang Kewangan diluluskan — baca ringkasan kesan Belanjawan 2027 kami untuk update.

Kenapa Ramai SME Keliru Dengan Cukai Korporat?

Ramai pemilik syarikat anggap kadar SME automatik terpakai sebaik je syarikat berdaftar Sdn Bhd — sebenarnya tidak, syarat kelayakan di atas kena dipenuhi setiap tahun taksiran. Kami bincang punca kekeliruan biasa dalam Kenapa Pemfailan Cukai Korporat Buat SME Keliru?, dan apa penalti kalau lewat fail dalam Apa Jadi Kalau Lewat Hantar Cukai Syarikat?

Soalan Lazim

Macam mana nak tahu syarikat saya qualify SME ke tak?
Masukkan modal berbayar dan perolehan kasar syarikat anda dalam kalkulator di atas — ia akan check automatik sama ada anda layak kadar SME.

Saya syarikat baru tubuh — boleh guna kadar SME tahun pertama?
Boleh, selagi penuhi syarat modal berbayar dan perolehan. Hubungi pasukan perakaunan kami untuk sahkan status syarikat anda.

← Kembali ke Panduan SST & Cukai