Kesilapan bookkeeping selalu bermula bila owner bisnes kecil handle semua sendiri pada peringkat awal untuk jimatkan kos — which makes sense bila bisnes baru bermula. Masalahnya, sikit-sikit kesilapan ni boleh terkumpul jadi masalah besar: cash flow tak jelas, cukai terlepas pandang, dan keputusan bisnes dibuat berdasarkan angka yang salah.
Rujukan rasmi
Syarat, kadar dan tarikh akhir berubah dari masa ke masa. Sahkan dengan agensi berkenaan sebelum anda failkan.

Rekod Bisnes Anda Bercelaru?
Biar pasukan kami bantu kemas kinikan bookkeeping syarikat anda dengan tepat.
Kesilapan Bookkeeping Paling Kerap Berlaku
Kesilapan Bookkeeping #1: Campur Duit Bisnes dan Peribadi
Ini yang paling common. Bila duit bisnes dan peribadi guna akaun bank yang sama, sangat sukar nak track untung sebenar bisnes, dan boleh menyusahkan bila LHDN buat audit.
2. Tak Simpan Resit
Basically, tanpa resit, anda tak boleh tuntut perbelanjaan sebagai deduction cukai. Ramai owner rasa “boleh ingat je” — tapi bila sampai musim cukai, banyak perbelanjaan yang tertinggal sebab tiada bukti.
Kesilapan Bookkeeping #3: Tak Rekod Transaksi Secara Real-Time
Menangguhkan bookkeeping sampai hujung bulan (atau hujung tahun!) bermakna anda tak nampak masalah cash flow sehingga dah terlambat untuk bertindak.
4. Tak Reconcile Penyata Bank
Tanpa reconciliation berkala, transaksi duplicate, silap taip, atau bahkan penipuan boleh terlepas pandang untuk berbulan-bulan.
5. Salah Kategorikan Perbelanjaan
Meletakkan perbelanjaan modal (contoh: beli mesin) dalam kategori perbelanjaan operasi boleh menjejaskan pengiraan cukai dan gambaran kewangan sebenar syarikat.
6. Tak Track Invois Belum Dibayar
Ramai bisnes kecil tak ada sistem untuk follow-up invois tertunggak, dan akhirnya “lupa” kutip duit yang sepatutnya masuk.
7. Guna Excel Sahaja Untuk Semua Benda
Excel okay untuk bisnes yang sangat kecil, tapi bila transaksi mula bertambah, risiko human error (dan risiko fail hilang atau corrupt) jadi lebih tinggi berbanding sistem perakaunan yang proper.
Macam Mana Nak Betulkan Kesilapan Bookkeeping Ni?
Langkah pertama yang paling penting: asingkan akaun bank bisnes dan peribadi sepenuhnya. Selepas tu, pertimbangkan guna sistem perakaunan cloud yang automatik reconcile bank, atau outsource bookkeeping kepada firma yang boleh pastikan rekod anda kemas kini setiap bulan.
Kalau bookkeeping syarikat anda dah tercelaru dan anda tak tahu nak mula dari mana, jangan risau — pasukan kami biasa uruskan clean-up dari situasi bercelaru sampai kemas semula.
Soalan Lazim
Apa Kata Pelanggan Kami
Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google
