Pengurusan kewangan yang sistematik merupakan asas kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Di SASCO, kami menyediakan perkhidmatan perakaunan profesional yang membantu syarikat mengurus rekod kewangan dengan lebih teratur, tepat dan mematuhi piawaian perakaunan yang ditetapkan. Sama ada anda menjalankan perniagaan baharu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau syarikat yang sedang berkembang, kami bersedia membantu memastikan setiap transaksi direkodkan dengan betul.
Menyusun dan merekod semua transaksi kewangan syarikat secara sistematik bagi rekod yang lengkap, tepat dan mudah dirujuk.
Menyediakan penyata untung rugi, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai yang mematuhi piawaian perakaunan.
Membuat padanan antara rekod perakaunan syarikat dengan penyata bank bagi memastikan ketepatan setiap transaksi.
Menyediakan laporan kewangan berkala untuk membantu pemilik perniagaan memantau prestasi dan membuat keputusan strategik.
Menyusun rekod dan dokumen kewangan yang diperlukan bagi memudahkan urusan percukaian serta pematuhan kepada LHDN.
Menyelenggara dokumen dan rekod kewangan secara teratur supaya mudah diakses untuk audit, semakan dan rujukan pada masa hadapan.
Kami menyediakan penyediaan rekod perakaunan, penyata kewangan (untung rugi, kunci kira-kira, aliran tunai), rekonsiliasi bank, laporan pengurusan, dokumen percukaian dan pengurusan rekod kewangan — untuk semua jenis entiti (Enterprise, Sdn Bhd, PLT, Berhad).
Ya. Kami membantu perniagaan baharu, PKS dan syarikat yang sedang berkembang — pakej disesuaikan ikut jumlah transaksi dan keperluan syarikat anda.
Bergantung pakej yang dipilih — kami tawarkan penyediaan akaun secara bulanan, suku tahunan, atau tahunan.
Ya, kami menyusun rekod dan dokumen kewangan yang diperlukan untuk memudahkan urusan percukaian dan pematuhan kepada LHDN. Nak tahu lebih lanjut pasal kadar cukai korporat atau cukai pegangan? Baca panduan kami.
Akaun Pengurusan Bulanan sesuai untuk syarikat yang perlukan pemantauan kewangan berkala bagi buat keputusan strategik lebih kerap. Akaun Pengurusan Tahunan sesuai untuk syarikat yang hanya perlukan penyediaan penyata kewangan sekali setahun untuk tujuan pematuhan.
Kos bergantung pada jumlah transaksi dan skop perkhidmatan yang diperlukan. Sila rujuk halaman Senarai Caj kami atau hubungi kami untuk sebutharga (quotation) percuma.
Ya, kami boleh bantu susun semula rekod kewangan yang tertunggak — hubungi kami untuk bincang skop dan keperluan spesifik syarikat anda.
Ya — SASCO turut menawarkan sokongan perisian perakaunan Xero (cloud accounting) untuk memudahkan pengurusan kewangan secara masa nyata.
Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google
Beberapa butiran ringkas supaya kami boleh bantu dengan lebih pantas.
Mesej anda sudah siap ditulis. Kalau WhatsApp tak terbuka sendiri, guna butang di bawah.
Buka WhatsAppIsi ringkas details ni, kami sambungkan terus ke WhatsApp.