Borang CP22 CP22A ni nama dia hampir sama, tapi fungsi dia jauh berbeza — dan ramai majikan tersilap guna borang yang salah, atau terlepas tarikh akhir sama sekali. Ni penjelasan ringkas untuk pastikan syarikat anda patuh.

Shahrul Nizar Ghazali
Disemak oleh Pengamal Bertauliah
Shahrul Nizar Ghazali
Pengarah Eksekutif SASCO · Akauntan Bertauliah & Setiausaha Syarikat Berlesen
MIA No: 39799 · No. Sijil Amalan SSM: 201908001424

Perlukan Bantuan Uruskan Pematuhan Cukai Pekerja?

Pasukan kami bantu pastikan majikan patuh dengan keperluan pemfailan LHDN yang berkaitan pekerja.

Borang CP22: Pekerja Baru

Borang CP22 wajib difailkan oleh majikan dalam tempoh 30 hari selepas mengambil pekerja baru yang layak cukai (liable to tax). Tujuan borang ni adalah untuk maklumkan LHDN bahawa syarikat anda kini ada pekerja baru yang perlu didaftarkan dalam sistem cukai — pekerja baru ni turut perlu didaftarkan untuk PERKESO dan KWSP, jangan tinggal mana-mana satu.

Kegagalan failkan CP22 dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan majikan dikenakan kompaun di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Borang CP22A: Pekerja Berhenti Kerja

Borang CP22A pula adalah kebalikan — ia wajib difailkan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh pekerja berhenti kerja, bersara, atau meninggalkan Malaysia secara kekal. Tujuannya untuk LHDN buat penilaian cukai akhir pekerja tersebut sebelum dia berhenti.

Tarikh Akhir Penting

Borang CP2230 hari selepas ambil pekerja baru yang layak cukai
Borang CP22ASekurang-kurangnya 30 hari sebelum pekerja berhenti, bersara, atau tinggalkan Malaysia

Rujukan rasmi

Syarat, kadar dan tarikh akhir berubah dari masa ke masa. Sahkan dengan agensi berkenaan sebelum anda failkan.

Majikan juga wajib tahan sebarang gaji atau bayaran yang perlu dibayar kepada pekerja tersebut sehingga LHDN mengeluarkan kelulusan (surat pelepasan cukai), untuk pastikan tiada cukai tertunggak yang tidak dijelaskan.

Perbezaan Ringkas

  • CP22 — untuk pekerja BARU, difailkan dalam 30 hari selepas mula bekerja.
  • CP22A — untuk pekerja BERHENTI, difailkan sekurang-kurangnya 30 hari SEBELUM tarikh berhenti.

Apa Jadi Kalau Majikan Tak Failkan?

Selain risiko kompaun, kegagalan failkan borang-borang ni boleh menyebabkan majikan turut dipertanggungjawabkan ke atas cukai tertunggak pekerja tersebut — sesuatu yang ramai majikan tak sedar sehingga terlambat.

Cara Paling Selamat

Buat checklist standard untuk setiap pekerja baru dan pekerja yang berhenti, supaya proses pemfailan CP22/CP22A jadi rutin dan tak terlepas pandang. Kalau syarikat anda ada banyak pertukaran staff dan sukar nak track semua ni (termasuk pengiraan gaji bersih dan potongan statutori), biar pasukan kami bantu uruskan.

Cara Failkan CP22/CP22A

Borang CP22/CP22A boleh difailkan secara dalam talian melalui portal MyTax LHDN, atau secara manual dengan menghantar borang fizikal ke cawangan LHDN yang menguruskan fail cukai syarikat anda. Sertakan salinan kad pengenalan pekerja, tarikh mula/tamat bekerja, dan jumlah gaji kasar bulanan sebagai dokumen sokongan.

Denda Sebenar Kalau Gagal Failkan

Di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, kegagalan failkan CP22 atau CP22A dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan denda RM200 hingga RM20,000, dan/atau penjara sehingga 6 bulan — bergantung keputusan mahkamah atau LHDN. Ini bukan sekadar “kompaun kecil” seperti yang ramai anggap.

Soalan Lazim

CP22 untuk pekerja BARU, difailkan dalam 30 hari selepas mula bekerja; CP22A untuk pekerja BERHENTI, difailkan sekurang-kurangnya 30 hari SEBELUM tarikh berhenti.
Dalam tempoh 30 hari selepas mengambil pekerja baru yang layak cukai.
Untuk pastikan tiada cukai tertunggak yang tidak dijelaskan — majikan wajib tahan gaji atau bayaran sehingga LHDN mengeluarkan surat pelepasan cukai.
Majikan boleh dikenakan kompaun di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, dan turut boleh dipertanggungjawabkan ke atas cukai tertunggak pekerja tersebut.
Buat checklist standard untuk setiap pekerja baru dan pekerja berhenti supaya proses jadi rutin.
Melalui portal MyTax LHDN, atau hantar borang fizikal ke cawangan LHDN berkenaan bersama dokumen sokongan pekerja.
RM200 hingga RM20,000, dan/atau penjara sehingga 6 bulan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Apa Kata Pelanggan Kami

Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google

Apa kata pelanggan SASCO?
google
Alhamdulillah sudah tahun ke 4 dengan SASCO, service yang bagus staff pun competent friendly harga economic, moga terus maju jaya.
google
Had a great experience during the Xero training session with Ms. Fatin. She is highly knowledgeable and patient in explaining the features and workflows. The training was well-structured and very practical for our day-to-day operations. Her expertise is definitely a great asset. Thank you for the excellent service!
google
SASCO Sdn. Bhd. memberikan perkhidmatan yang efisien dan berkualiti. Komunikasi yang jelas serta layanan profesional menjadikan urusan lebih mudah dan teratur. Highly recommended.
google
Alhamdulillah, SASCO has a very good team. Everyone is very friendly, professional, and always responsive whenever I need assistance. The service provided is truly excellent 👍
I really appreciate the continuous support, clear guidance, and helpful advice given throughout the process. It has been a smooth and pleasant experience dealing with such a dedicated and committed team.
Thank you once again for all the support and outstanding service. Keep up the great work!