Perlukan Bantuan Pematuhan Syarikat Anda?

Berbincang dengan pakar kami untuk pastikan syarikat anda sentiasa patuh dengan keperluan SSM dan percukaian.

Shahrul Nizar Ghazali
Disemak oleh Pengamal Bertauliah
Shahrul Nizar Ghazali
Pengarah Eksekutif SASCO · Akauntan Bertauliah & Setiausaha Syarikat Berlesen
MIA No: 39799 · No. Sijil Amalan SSM: 201908001424

Ramai peniaga dah tahu e-Invoice tu wajib, tapi tak semua faham apa sebenarnya berlaku kalau syarikat gagal patuh bila dah masuk dalam skop. Ia bukan sekadar dapat \”amaran\” biasa — ada kesan undang-undang dan operasi yang lebih serius. Dalam e invoice guideline ni, kita breakdown risiko sebenar dan macam mana nak elak sebelum ia jadi masalah besar.

Apa Berlaku Kalau Syarikat Gagal Keluarkan e-Invoice?

Bila syarikat anda dah masuk dalam fasa yang diwajibkan tapi gagal keluarkan e-Invoice yang sah untuk transaksi yang layak, LHDN anggap ini sebagai ketidakpatuhan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 — bukan sekadar isu pentadbiran dalaman. Setiap transaksi yang tak dikeluarkan e-Invoice dengan betul dikira sebagai satu kes berasingan, jadi risiko boleh bertambah cepat kalau proses dalaman syarikat tak dikemaskan awal-awal.

Denda Di Bawah Seksyen 120(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967

Gagal keluarkan e-Invoice bila diwajibkan adalah kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967, dengan denda antara RM200 hingga RM20,000, penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya. Yang penting untuk difahami: ini dikenakan bagi setiap kes ketidakpatuhan, bukan sekali sahaja untuk keseluruhan perniagaan. Kalau anda nak faham lebih lanjut pasal validation dan proses pembatalan e-Invoice, boleh baca LHDN e-Invoice guideline kami.

Risiko Operasi Selain Denda

  • Transaksi Dengan Rakan Niaga Terganggu: Ramai syarikat besar dan GLC sekarang perlukan e-Invoice yang sah untuk proses bayaran atau tuntutan cukai input mereka sendiri. Kalau syarikat anda tak boleh keluarkan e-Invoice yang sah, ini boleh melambatkan bayaran atau jejaskan hubungan perniagaan.
  • Risiko Cashflow: Invoice yang tak sah dari segi cukai boleh buat pelanggan tangguhkan bayaran sementara isu diselesaikan.
  • Risiko Audit: Rekod e-Invoice yang tak lengkap atau tak konsisten lebih mudah menarik perhatian semasa audit cukai.
  • Kesan Reputasi: Ketidakpatuhan yang berulang boleh nampak seperti syarikat tak kemas kini dengan keperluan semasa, terutama bila rakan niaga buat due diligence.

Macam Mana Nak Tahu Kalau Syarikat Saya Dah Wajib Patuh

Pelaksanaan e-Invoice dibuat secara berfasa ikut turnover tahunan syarikat, dan ambang pengecualian pernah berubah pada penghujung 2025. Cara paling pasti untuk tahu status syarikat anda adalah semak garis masa pelaksanaan e-Invoice LHDN penuh, yang kami kemaskan ikut fasa dan tarikh terkini.

Langkah Praktikal Untuk Elak Risiko Ni

  • Semak Fasa & Ambang Turnover Syarikat Anda: Jangan andaikan syarikat anda dikecualikan tanpa semakan terkini — ambang ni pernah berubah.
  • Pastikan Sistem Perakaunan Boleh Integrasi Dengan MyInvois: Sistem manual atau lapuk lebih terdedah kepada kesilapan validation.
  • Letakkan Tanggungjawab Khusus: Pastikan ada satu pihak — sama ada staf dalaman, akauntan, atau firma company secretary — yang bertanggungjawab penuh terhadap proses e-Invoice.
  • Jangan Tunggu Sampai Kena Notis: Kalau ada keraguan pasal status pematuhan syarikat anda, dapatkan nasihat lebih awal berbanding tunggu masalah timbul.

Kos untuk setup proses compliance yang betul dari awal jauh lebih murah berbanding kos denda, gangguan operasi, atau masa yang hilang untuk betulkan masalah selepas ia berlaku. Automasi Xero kami boleh bantu pastikan sistem perakaunan anda sentiasa bersedia untuk e-Invois tanpa kerja manual berulang.

Kesilapan Yang Selalu Buat Syarikat Kena Denda

Dalam pengalaman kami, kebanyakan kes denda bukan sebab syarikat sengaja tak patuh, tapi sebab kesilapan operasi yang boleh dielakkan:

1) Terlepas tempoh pembatalan 72 jam — lepas e-invois disahkan, anda cuma ada 72 jam untuk batalkan terus dalam sistem MyInvois. Lepas tempoh ni, anda kena keluarkan nota kredit/debit sebagai e-invois berasingan, proses yang lebih rumit dan makan masa.
2) Tak keluarkan e-invois berasingan untuk transaksi yang melepasi had RM10,000, walaupun dalam sangkaan boleh terus consolidate dengan transaksi lain.
3) Anggap status pengecualian kekal selama-lamanya tanpa semak semula turnover setiap tahun.
4) Tunda pengesahan invois sampai saat akhir untuk transaksi yang sensitif dari segi masa, sedangkan sistem MyInvois kadangkala ada kelewatan teknikal.

Kemaskini Ambang Pengecualian: Apa Maksudnya Untuk Risiko Anda

Kabinet naikkan ambang pengecualian mandatori e-Invoice daripada RM500,000 kepada RM1 juta pada 6 Disember 2025, dan LHDN lanjutkan tempoh berlonggar Fasa 4 (RM1 juta – RM5 juta) daripada 6 bulan kepada 12 bulan pada 5 Januari 2026 — penguatkuasaan penuh kini 1 Januari 2027. Kalau turnover syarikat anda di bawah RM1 juta, risiko denda untuk kegagalan keluarkan e-Invoice tidak terpakai buat masa ini. Tapi ini bukan alasan untuk berhenti pantau — sebaik sahaja turnover anda melepasi ambang, anda automatik masuk dalam jadual fasa wajib berdasarkan band turnover baru.

Soalan Lazim

Di bawah Seksyen 120(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967, denda antara RM200 hingga RM20,000, penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya, dikenakan bagi setiap kes ketidakpatuhan.
Penjara sehingga 6 bulan adalah antara hukuman yang termaktub dalam undang-undang, walaupun dalam amalan denda kewangan lebih kerap dikenakan dahulu. Yang penting, risiko undang-undang ini wujud secara sah dan patut diambil serius.
Semak garis masa pelaksanaan e-Invoice LHDN mengikut turnover tahunan syarikat anda, kerana pelaksanaan dibuat secara berfasa dan ambang pengecualian pernah dikemaskini pada penghujung 2025.
Dapatkan bantuan segera untuk semak status pematuhan dan betulkan proses dalaman syarikat. Lagi lama ditangguhkan, lagi banyak transaksi yang berpotensi terjejas.
Tidak. Risiko ni hanya terpakai untuk syarikat yang sudah masuk dalam skop wajib berdasarkan fasa dan ambang turnover semasa. Syarikat yang masih dikecualikan perlu terus pantau status mereka kerana ambang boleh berubah.
Lepas tempoh 72 jam berakhir, e-invois yang disahkan tidak boleh dibatalkan terus dalam sistem MyInvois. Anda perlu keluarkan nota kredit, nota debit, atau nota bantahan sebagai e-invois berasingan untuk betulkan rekod. Proses ini lebih rumit berbanding batal terus, jadi elakkan tunggu sampai saat akhir untuk semak invois anda.
Di bawah Seksyen 120(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967, denda antara RM200 hingga RM20,000 dan/atau penjara sehingga 6 bulan, boleh dikenakan bagi setiap kesalahan — bermakna ia boleh dikira bagi setiap invois yang tidak patuh, bukan sekali sahaja untuk keseluruhan syarikat.
Tidak semestinya. Ambang pengecualian berdasarkan turnover semasa syarikat. Kalau perniagaan anda berkembang dan turnover naik melepasi RM1 juta, anda akan masuk dalam salah satu fasa wajib berdasarkan band turnover baru. Baik semak status ini setiap tahun.

Apa Kata Pelanggan Kami

Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google

Apa kata pelanggan SASCO?
Review from Google
Alhamdulillah sudah tahun ke 4 dengan SASCO, service yang bagus staff pun competent friendly harga economic, moga terus maju jaya.
Review from Google
Had a great experience during the Xero training session with Ms. Fatin. She is highly knowledgeable and patient in explaining the features and workflows. The training was well-structured and very practical for our day-to-day operations. Her expertise is definitely a great asset. Thank you for the excellent service!
Review from Google
SASCO Sdn. Bhd. memberikan perkhidmatan yang efisien dan berkualiti. Komunikasi yang jelas serta layanan profesional menjadikan urusan lebih mudah dan teratur. Highly recommended.
Review from Google
Alhamdulillah, SASCO has a very good team. Everyone is very friendly, professional, and always responsive whenever I need assistance. The service provided is truly excellent 👍
I really appreciate the continuous support, clear guidance, and helpful advice given throughout the process. It has been a smooth and pleasant experience dealing with such a dedicated and committed team.
Thank you once again for all the support and outstanding service. Keep up the great work!