Keliru Macam Mana Belanjawan 2027 Kesan Syarikat Anda?

SASCO bantu SME dan individu di Malaysia terjemah perubahan bajet kepada langkah praktikal — bukan sekadar baca berita.

Hubungi KamiWhatsApp Kami

Shahrul Nizar Ghazali

Disemak oleh Pengamal Bertauliah
Shahrul Nizar Ghazali
Pengarah Eksekutif SASCO · Akauntan Bertauliah & Setiausaha Syarikat Berlesen
MIA No: 39799 · No. Sijil Amalan SSM: 201908001424
Status: Belanjawan 2027 dibentangkan Perdana Menteri 9 Oktober 2026. Semua langkah di bawah masih cadangan, tertakluk kelulusan Parlimen. Kami kemaskini halaman ini bila kelulusan rasmi diumumkan.

Belanjawan 2027 bawa beberapa perubahan yang kesan terus poket individu dan kos operasi perniagaan — daripada kadar cukai pendapatan, had pelepasan cukai, sampai gaji minimum. Halaman ini ringkaskan semua perubahan utama dalam satu tempat, dengan pautan terus ke panduan terperinci dan kalkulator untuk setiap topik.

Ringkasan Perubahan Utama

PerubahanSebelumSelepas (Cadangan 2027)
Kadar cukai RM70,001–RM100,00019%18%
Kadar cukai RM100,001–RM150,00025%24%
Kadar cukai melebihi RM1 juta28%30%
Had pelepasan cukai individuRM9,000RM12,000
Gaji minimumRM1,700RM2,000 (Jun 2027)
PKS jualan <RM50 juta—Dikecualikan sementara daripada gaji minimum baharu

Untuk Individu: Cukai & Relief

Dua perkara utama: kadar cukai turun untuk sesetengah band pendapatan, dan had pelepasan cukai naik ke RM12,000 dengan kategori baharu seperti penjagaan selepas bersalin, kasut sukan, dan langganan AI.

Untuk Majikan & SME: Kos Gaji

Gaji minimum naik ke RM2,000 dari Jun 2027, tapi PKS dengan jualan bawah RM50 juta dikecualikan buat sementara. Walau begitu, kos EPF/SOCSO/EIS perlu dirancang awal.

Soalan Lazim

Bila Belanjawan 2027 jadi rasmi?

Ia perlu lalui proses kelulusan Parlimen melalui Rang Undang-Undang Kewangan dan Rang Undang-Undang Bekalan. Sehingga diluluskan, semua perubahan masih berstatus cadangan.

Kesan paling besar untuk SME adalah apa?

Dua perkara: kos payroll (gaji minimum naik, walaupun ramai SME dikecualikan sementara) dan kadar cukai korporat/individu yang berubah untuk pemilik perniagaan.

Di mana saya boleh dapatkan maklumat rasmi penuh?

Rujuk laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau hubungi pasukan SASCO untuk penjelasan berdasarkan situasi khusus syarikat anda.

Rujukan rasmi: Kementerian Kewangan Malaysia — Belanjawan 2027 · Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Apa Kata Pelanggan Kami

Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google