1-700-817005 / 012-276-9300

hello@sasco.com.my

Perkhidmatan Perakaunan

Kami menyediakan perkhidmatan penyediaan akaun pengurusan secara bulanan, suku tahunan dan tahunan untuk semua jenis entiti perniagaan i.e. Enterprise, Sdn Bhd, PLT dan Berhad. 

Perkhidmatan Perakaunan Profesional untuk Perniagaan di Malaysia

Pengurusan kewangan yang sistematik merupakan asas kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Di SASCO, kami menyediakan perkhidmatan perakaunan profesional yang membantu syarikat mengurus rekod kewangan dengan lebih teratur, tepat dan mematuhi piawaian perakaunan yang ditetapkan. Sama ada anda menjalankan perniagaan baharu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau syarikat yang sedang berkembang, kami bersedia membantu memastikan setiap transaksi direkodkan dengan betul.

"

Maklumat kewangan yang tepat hari ini, keputusan perniagaan yang lebih baik untuk masa depan.

Skop Perkhidmatan Perakaunan Kami

Penyediaan Rekod Perakaunan

Menyusun dan merekod semua transaksi kewangan syarikat secara sistematik bagi rekod yang lengkap, tepat dan mudah dirujuk.

Penyediaan Penyata Kewangan

Menyediakan penyata untung rugi, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai yang mematuhi piawaian perakaunan.

Rekonsiliasi Bank

Membuat padanan antara rekod perakaunan syarikat dengan penyata bank bagi memastikan ketepatan setiap transaksi.

Laporan Pengurusan

Menyediakan laporan kewangan berkala untuk membantu pemilik perniagaan memantau prestasi dan membuat keputusan strategik.

Dokumen Percukaian

Menyusun rekod dan dokumen kewangan yang diperlukan bagi memudahkan urusan percukaian serta pematuhan kepada LHDN.

Pengurusan Rekod Kewangan

Menyelenggara dokumen dan rekod kewangan secara teratur supaya mudah diakses untuk audit, semakan dan rujukan pada masa hadapan.

Soalan Lazim

Apakah perkhidmatan perakaunan yang ditawarkan SASCO?

Kami menyediakan penyediaan rekod perakaunan, penyata kewangan (untung rugi, kunci kira-kira, aliran tunai), rekonsiliasi bank, laporan pengurusan, dokumen percukaian dan pengurusan rekod kewangan — untuk semua jenis entiti (Enterprise, Sdn Bhd, PLT, Berhad).

Adakah perkhidmatan ini sesuai untuk perniagaan kecil (PKS)?

Ya. Kami membantu perniagaan baharu, PKS dan syarikat yang sedang berkembang — pakej disesuaikan ikut jumlah transaksi dan keperluan syarikat anda.

Berapa kerap penyata kewangan disediakan?

Bergantung pakej yang dipilih — kami tawarkan penyediaan akaun secara bulanan, suku tahunan, atau tahunan.

Adakah SASCO bantu urusan berkaitan cukai LHDN?

Ya, kami menyusun rekod dan dokumen kewangan yang diperlukan untuk memudahkan urusan percukaian dan pematuhan kepada LHDN. Nak tahu lebih lanjut pasal kadar cukai korporat atau cukai pegangan? Baca panduan kami.

Apa beza Akaun Pengurusan Bulanan dengan Tahunan?

Akaun Pengurusan Bulanan sesuai untuk syarikat yang perlukan pemantauan kewangan berkala bagi buat keputusan strategik lebih kerap. Akaun Pengurusan Tahunan sesuai untuk syarikat yang hanya perlukan penyediaan penyata kewangan sekali setahun untuk tujuan pematuhan.

Berapa kos perkhidmatan perakaunan SASCO?

Kos bergantung pada jumlah transaksi dan skop perkhidmatan yang diperlukan. Sila rujuk halaman Senarai Caj kami atau hubungi kami untuk sebutharga (quotation) percuma.

Bolehkah SASCO uruskan rekod kewangan yang tertunggak/tidak kemas?

Ya, kami boleh bantu susun semula rekod kewangan yang tertunggak — hubungi kami untuk bincang skop dan keperluan spesifik syarikat anda.

Adakah SASCO guna sistem perakaunan cloud?

Ya — SASCO turut menawarkan sokongan perisian perakaunan Xero (cloud accounting) untuk memudahkan pengurusan kewangan secara masa nyata.

Apa Kata Pelanggan Kami

Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google

PERLUKAN BANTUAN?

Sekiranya anda memerlukan sebarang nasihat, sila hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

Hubungi Kami

Dapatkan Sebutharga (Quotation) Dengan Harga Yang Berpatutan

Perkhidmatan Akaunan

Chat dengan SASCO

Isi ringkas details ni, kami sambungkan terus ke WhatsApp.