4 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melantik Setiausaha Syarikat.

Ini 4 perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum melantik syarikat setiausaha untuk syarikat anda.

Disemak oleh Pengamal Bertauliah
Shahrul Nizar Ghazali
Pengarah Eksekutif SASCO · Akauntan Bertauliah & Setiausaha Syarikat Berlesen
MIA No: 39799 · No. Sijil Amalan SSM: 201908001424
Kami sarankan anda memilih syarikat setiausaha yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 setiausaha syarikat dan beberapa pembantu. Ini untuk memastikan bahawa jika berlaku sesuatu insiden di mana anda memerlukan dokumentasi syarikat anda dengan cepat, setiausaha syarikat tersebut mempunyai sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat yang sedia untuk membantu.
Sistem dan teknologi terkini boleh memastikan proses penyediaan dokumen berjalan dengan lebih lancar dan menghasilkan kerja yang tepat. Pilihlah syarikat setiausaha yang anda lihat bergerak seiring dengan kemajuan teknologi moden.
Bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan setiausaha syarikat berbeza dari satu syarikat setiausaha dengan yang lain. Sebelum anda bandingkan harga, pastikan anda fahami dengan jelas segala perkhidmatan yang termasuk di dalam sesuatu pakej perkhidmatan kerana pakej-pakej yang ditawarkan kemungkinannya berbeza dari satu syarikat dengan yang lain.
Jika anda mendapati anda telah tersilap pilih syarikat setiausaha, anda boleh memilih untuk menggantikan perkhidmatan mereka dengan syarikat setiausaha yang berlainan pada bila-bila masa.
Jika anda sedang mencari sebuah syarikat setiausaha yang menepati keempat-empat kriteria yang disenaraikan di atas, anda boleh pertimbangkan syarikat setiausaha SAS&CO.
SAS&CO mempunyai kakitangan setiausaha syarikat yang berpengalaman, menggunakan sistem dan teknologi moden yang terkini, dan menawarkan perkhidmatan setiausaha syarikat pada kadar yang berpatutan. Tubuhkan syarikat Sdn Bhd anda dengan SAS&CO untuk dapatkan pengurusan setiausaha syarikat yang profesional serta patuh Akta Syarikat 2016 dari hari pertama.
Hubungi kami untuk sebut harga terkini atau layari WhatsApp kami untuk maklumat lanjut.
Peranan setiausaha syarikat tak berhenti selepas syarikat anda didaftarkan. Di bawah Akta Syarikat 2016, setiausaha syarikat bertanggungjawab memastikan syarikat anda failkan Annual Return tepat pada masanya (Seksyen 68), kemas kini daftar berkanun (register pengarah, pemegang saham, alamat berdaftar) setiap kali ada perubahan, dan sediakan resolusi untuk keputusan-keputusan penting syarikat. Pastikan syarikat setiausaha yang anda pilih faham dan uruskan tanggungjawab berterusan ni, bukan sekadar bantu semasa proses pendaftaran sahaja — baca apa sebenarnya kerja setiausaha syarikat untuk gambaran penuh.
Beberapa kesilapan yang kerap kami nampak: 1) Pilih semata-mata sebab harga paling murah tanpa semak sama ada setiausaha tersebut ada practising certificate yang sah di bawah Akta Syarikat 2016. 2) Anggap kerja setiausaha syarikat cuma sekali sahaja semasa pendaftaran, sedangkan ia perkhidmatan berterusan sepanjang syarikat wujud. 3) Tak tanya dengan jelas apa yang termasuk dalam yuran (contohnya penyediaan resolusi, kemas kini daftar) berbanding apa yang dikenakan caj berasingan. 4) Tak semak rekod responsif syarikat setiausaha sebelum tandatangan kontrak — ini penting bila anda perlukan dokumen segera.
Apa Kata Pelanggan Kami
Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google
Apa kata pelanggan SASCO?
mus jaafar
8 months ago
Alhamdulillah sudah tahun ke 4 dengan SASCO, service yang bagus staff pun competent friendly harga economic, moga terus maju jaya.
Hafifi Masod
7 months ago
Had a great experience during the Xero training session with Ms. Fatin. She is highly knowledgeable and patient in explaining the features and workflows. The training was well-structured and very practical for our day-to-day operations. Her expertise is definitely a great asset. Thank you for the excellent service!
azlina mohamad
7 months ago
SASCO Sdn. Bhd. memberikan perkhidmatan yang efisien dan berkualiti. Komunikasi yang jelas serta layanan profesional menjadikan urusan lebih mudah dan teratur. Highly recommended.
Syahirz
7 months ago
Alhamdulillah, SASCO has a very good team. Everyone is very friendly, professional, and always responsive whenever I need assistance. The service provided is truly excellent 👍
I really appreciate the continuous support, clear guidance, and helpful advice given throughout the process. It has been a smooth and pleasant experience dealing with such a dedicated and committed team.
Thank you once again for all the support and outstanding service. Keep up the great work!
I really appreciate the continuous support, clear guidance, and helpful advice given throughout the process. It has been a smooth and pleasant experience dealing with such a dedicated and committed team.
Thank you once again for all the support and outstanding service. Keep up the great work!
