Pendaftaran Perniagaan
Baru nak mula bisnes? SASCO bantu anda daftar sebagai Sole Proprietor (Pemilikan Tunggal) atau Enterprise dengan SSM — betul dari mula, tanpa jargon.
WhatsApp Kami Untuk Sebut HargaDisemak oleh Pengamal Bertauliah — Shahrul Nizar Ghazali, Pengarah Eksekutif SASCO · Akauntan Bertauliah & Setiausaha Syarikat Berlesen · MIA No: 39799 · No. Sijil Amalan SSM: 201908001424
Pendaftaran Sole Proprietor (Pemilikan Tunggal) atau Enterprise sesuai untuk anda yang baru mula bisnes, freelancer yang nak berniaga secara sah, atau peniaga kecil yang belum bersedia untuk struktur Sdn Bhd yang lebih kompleks. Struktur ini lebih ringkas, kos lebih rendah, dan proses pendaftaran lebih cepat berbanding Sdn Bhd.
Kalau bisnes anda sedang berkembang dan sedang fikir nak tukar ke Sdn Bhd, baca dulu panduan kami: Sole Proprietorship vs Sdn Bhd: Mana Lebih Sesuai?
Yuran pendaftaran rasmi SSM untuk Sole Proprietor/Enterprise biasanya sekitar RM30 setahun (pendaftaran atas nama peribadi) atau RM60 setahun (pendaftaran atas nama perniagaan/trade name) — sila semak kadar terkini di portal SSM. Ini yuran kerajaan sahaja; yuran perkhidmatan SASCO adalah berasingan. Hubungi kami untuk sebut harga perkhidmatan lengkap.
Kedua-duanya struktur pemilikan tunggal di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. "Sole Proprietor" lazimnya merujuk pendaftaran atas nama peribadi anda sendiri, manakala "Enterprise" merujuk pendaftaran atas nama perniagaan (trade name) yang berasingan daripada nama peribadi.
Selalunya kelulusan sama hari atau hari berikutnya selepas dokumen lengkap diserahkan ke SSM.
Bergantung kepada risiko liabiliti, skala bisnes dan rancangan pertumbuhan anda. Baca Apa Itu Sdn Bhd? atau hubungi kami untuk nasihat spesifik kepada bisnes anda.
Boleh. Lihat Perkhidmatan Tukar Enterprise ke Sdn Bhd kami.
Bersedia daftar perniagaan anda?
WhatsApp SASCO SekarangPolisi Privasi · Terma & Syarat
Beberapa butiran ringkas supaya kami boleh bantu dengan lebih pantas.
Mesej anda sudah siap ditulis. Kalau WhatsApp tak terbuka sendiri, guna butang di bawah.
Buka WhatsAppIsi ringkas details ni, kami sambungkan terus ke WhatsApp.