Perlukan Bantuan Pematuhan Syarikat Anda?

Berbincang dengan pakar kami untuk pastikan syarikat anda sentiasa patuh dengan keperluan SSM dan percukaian.

Shahrul Nizar Ghazali
Disemak oleh Pengamal Bertauliah
Shahrul Nizar Ghazali
Pengarah Eksekutif SASCO · Akauntan Bertauliah & Setiausaha Syarikat Berlesen
MIA No: 39799 · No. Sijil Amalan SSM: 201908001424
Anda buka email syarikat, dan tiba-tiba nampak notis daripada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang bunyi macam ancaman kepada status syarikat anda. Ramai usahawan mengalami situasi yang sama. Kalau anda dalam situasi ni sekarang, jangan panik dulu. Dalam artikel ni, kita cover kenapa SSM boleh buat keputusan macam ni, apa kesannya, dan apa yang anda patut buat sekarang.

Sebab-Sebab Biasa SSM Gantung / Strike Off Syarikat

  • Annual Return Tak Dihantar: Setiap syarikat Sdn Bhd wajib fail Annual Return kepada SSM setiap tahun. Kalau tertunggak untuk tempoh yang lama tanpa tindakan pembetulan, SSM boleh anggap syarikat tu “tidak aktif” dan mulakan proses strike off. Di bawah Akta Syarikat 2016 Seksyen 68, kegagalan fail Annual Return kena penalti berperingkat — RM50 (lewat 7-90 hari), RM100 (3-6 bulan), RM150 (6-12 bulan), sehingga RM200 (lebih 12 bulan) — dan ini kesalahan statutori dengan denda sehingga RM50,000.
  • Tiada Company Secretary Aktif: Di bawah Akta Syarikat 2016, setiap syarikat kena ada company secretary yang berdaftar dan aktif. Kalau syarikat “terbiar” tanpa company secretary, ni satu red flag besar bagi SSM.
  • Alamat Berdaftar Tak Valid: Kalau surat rasmi SSM dihantar ke alamat berdaftar tapi tak sampai, SSM anggap syarikat tu tak boleh dihubungi.
  • Syarikat Tak Beroperasi Tapi Tak Dibubarkan Secara Rasmi: Ramai usahawan “biarkan” saja syarikat lama yang dah tak jalan tanpa proses pembubaran yang betul.

Baca juga

Apa Kesan Kalau Syarikat Anda Digantung

  • Bank Account Boleh Dibekukan: Bank biasanya akan freeze akaun syarikat berkaitan sebagai langkah standard mereka.
  • Tak Boleh Urus Niaga Secara Sah: Syarikat dianggap tak sah untuk masuk kontrak baru atau jalankan urusan rasmi atas nama syarikat.
  • Kesan Kepada Reputasi & Kredit: Status syarikat yang bermasalah boleh nampak bila bank atau client buat due diligence.
  • Proses Reinstate Yang Memakan Masa & Kos: Proses untuk “hidupkan semula” syarikat melibatkan permohonan khas dan kos yang jauh lebih tinggi berbanding maintain compliance dari awal.

Macam Mana Nak Elak Situasi Ni Terjadi

  • Pastikan Company Secretary Aktif Setiap Masa.
  • Guna Compliance Calendar: Simpan reminder sendiri, atau biarkan firma company secretary anda uruskan compliance calendar.
  • Update Alamat Berdaftar Bila Berpindah.
  • Jangan “Biarkan” Syarikat Tak Aktif Begitu Saja: Buat proses pembubaran secara rasmi.
Kos untuk maintain compliance secara konsisten setiap tahun jauh lebih murah berbanding kos untuk reinstate syarikat lepas kena strike off. Kalau anda nak faham struktur kos company secretary yang realistik, boleh baca kos daftar syarikat dan company secretary di Malaysia.

Apa Saya Kena Buat Kalau Dah Kena Notis Daripada SSM

  • Baca Notis Dengan Teliti: Kenal pasti sebab sebenar notis tu dikeluarkan.
  • Hubungi Company Secretary Atau Firma Berdaftar Segera.
  • Jangan Tunggu Sampai Deadline Terakhir.
  • Simpan Rekod Komunikasi.
Untuk semakan status syarikat dan prosedur rasmi berkaitan penggantungan, rujuk portal rasmi SSM.

Jangan Tunggu Sampai Notis SSM Yang Buat Keputusan Untuk Anda

Ketahui lebih lanjut macam mana perkhidmatan company secretary di Malaysia boleh bantu pastikan syarikat anda sentiasa patuh. Kalau anda dah terima notis dan perlukan bantuan segera, WhatsApp kami di 012-276-9300. Kalau syarikat anda masih aktif dan sekadar nak elak isu macam ni, baca panduan cara renew SSM online untuk pastikan semua filing sentiasa updated. Jika anda mahu urusan pematuhan syarikat diuruskan sepenuhnya, pasukan setiausaha syarikat kami boleh bantu memastikan semuanya kemas kini.

Soalan Lazim

Tempoh tepat berbeza mengikut kes, tapi proses rasmi bermula dengan SSM menghantar notis kepada syarikat, diikuti tempoh notifikasi awam selama 30 hari untuk sesiapa membantah. Kalau tiada bantahan diterima, SSM gazette-kan nama syarikat dan status strike off jadi rasmi.
Ya, biasanya boleh melalui proses permohonan khas kepada SSM, tapi ambil masa dan kos tambahan.
Biasanya SSM akan hantar notis ke alamat berdaftar syarikat terlebih dahulu.
Anda boleh semak status syarikat melalui portal rasmi SSM, atau minta company secretary anda buat semakan.

Apa Kata Pelanggan Kami

Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google

Apa kata pelanggan SASCO?
Review from Google
Alhamdulillah sudah tahun ke 4 dengan SASCO, service yang bagus staff pun competent friendly harga economic, moga terus maju jaya.
Review from Google
Had a great experience during the Xero training session with Ms. Fatin. She is highly knowledgeable and patient in explaining the features and workflows. The training was well-structured and very practical for our day-to-day operations. Her expertise is definitely a great asset. Thank you for the excellent service!
Review from Google
SASCO Sdn. Bhd. memberikan perkhidmatan yang efisien dan berkualiti. Komunikasi yang jelas serta layanan profesional menjadikan urusan lebih mudah dan teratur. Highly recommended.
Review from Google
Alhamdulillah, SASCO has a very good team. Everyone is very friendly, professional, and always responsive whenever I need assistance. The service provided is truly excellent 👍
I really appreciate the continuous support, clear guidance, and helpful advice given throughout the process. It has been a smooth and pleasant experience dealing with such a dedicated and committed team.
Thank you once again for all the support and outstanding service. Keep up the great work!