Perlukan Bantuan Pematuhan Syarikat Anda?
Berbincang dengan pakar kami untuk pastikan syarikat anda sentiasa patuh dengan keperluan SSM dan percukaian.
Hubungi Kami WhatsApp Kami
Sijil pendaftaran perniagaan SSM anda dah nak tamat? Jangan tunggu sampai expired. Proses renew sebenarnya mudah dan boleh siap dalam masa kurang 15 minit secara online melalui portal EzBiz. Artikel ini tunjukkan caranya langkah demi langkah.
Siapa Yang Perlu Renew SSM?
Bayaran Renew SSM
- Perniagaan nama sendiri (ikut nama dalam IC): RM30 setahun
- Perniagaan nama tred (trade name): RM60 setahun
- Setiap cawangan: RM5 setahun
Cara Renew SSM Online Melalui EzBiz
Langkah 1: Log Masuk dan Pilih Servis ezBiz Online
Pergi ke ssm4u.com.my dan log masuk guna akaun SSM4U anda. Kalau belum ada akaun, daftar dulu dan lengkapkan maklumat — pengguna kali pertama mungkin perlu pengesahan identiti.
Selepas log masuk, pada muka utama SSM4U, klik kad servis “ezBiz Online”, kemudian klik butang “GO TO EZBIZ” untuk masuk ke sistem ezBiz.

Langkah 2: Pilih Renewal by Owners
Dalam sistem ezBiz, pergi ke menu “My Business Services” dan pilih “Renewal by Owners”. Senarai perniagaan anda akan dipaparkan.
Langkah 3: Pilih Perniagaan dan Tempoh
Klik pada perniagaan yang nak diperbaharui, pilih tempoh pembaharuan (1 hingga 5 tahun), tandakan deklarasi, dan semak semula maklumat sebelum teruskan ke bayaran. Di sini juga anda boleh kemaskini maklumat perniagaan kalau perlu.
Langkah 4: Buat Bayaran Online
Bayar guna FPX atau kad kredit/debit. Simpan resit sebagai bukti.Langkah 5: Muat Turun Sijil
Sijil pendaftaran boleh dimuat turun dalam tempoh lebih kurang 15 minit selepas bayaran berjaya. Tak perlu tunggu berhari-hari, tak perlu beratur di kaunter.
Sebelum Renew: Semak Dan Kemaskini Maklumat
- Alamat perniagaan masih betul? Kalau dah pindah, kemaskini dulu.
- Maklumat pemilik atau rakan kongsi ada perubahan?
- Aktiviti perniagaan masih sama dengan yang didaftarkan? Kalau dah tambah aktiviti baru, tambah dalam rekod.
- Ada cawangan baru yang belum didaftarkan?
Beza Renew SSM Dengan Annual Return Sdn Bhd
- Renew SSM (Enterprise): pembaharuan pendaftaran perniagaan setiap 1 hingga 5 tahun melalui EzBiz. Anda buat sendiri, bayar RM30 atau RM60 setahun, siap dalam 15 minit.
- Annual return (Sdn Bhd): pemfailan tahunan wajib melalui setiausaha syarikat dalam tempoh 30 hari dari ulang tahun pemerbadanan. Bukan sekadar bayaran, ia laporan penuh maklumat syarikat, dan kegagalan memfailkan boleh membawa penalti dan risiko syarikat digugurkan dari daftar.
Lupa Renew? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Masalah Biasa Semasa Renew Online
- Akaun EzBiz tak boleh diaktifkan. Pengguna kali pertama kadangkala perlu pengesahan tambahan. Kalau ada masalah, hubungi talian SSM atau pergi ke pejabat SSM sekali sahaja untuk pengaktifan, selepas itu semua urusan boleh dibuat online.
- Nama perniagaan tak muncul dalam senarai. Selalunya sebab perniagaan didaftarkan dengan IC lama atau maklumat tak sepadan. Semak dengan SSM untuk pautkan rekod.
- Bayaran gagal tapi duit ditolak. Jangan bayar kali kedua terus. Tunggu dan semak status transaksi dulu, kebiasaannya sistem akan kembalikan bayaran yang gagal.
- Tersalah pilih tempoh. Sebelum sahkan bayaran, semak semula tempoh yang dipilih. Selepas bayaran dibuat, pindaan bukan mudah.
Dah Lama Berniaga? Mungkin Masa Untuk Naik Taraf
Proses renew dibuat sepenuhnya dalam talian melalui portal SSM4U, dengan memilih servis ezBiz Online.
Nak Serahkan Pada Yang Pakar?
Panduan Berkaitan: Renewal & Pematuhan SSM
Soalan Lazim
Boleh ke renew SSM di kaunter?
Boleh, di mana-mana pejabat SSM atau melalui Bank Simpanan Nasional. Tapi online melalui EzBiz jauh lebih cepat dan senang.
Berapa awal boleh renew sebelum tamat?
Anda boleh renew pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat. Tak perlu tunggu bulan terakhir. Kalau renew awal, tempoh baru akan bersambung dari tarikh tamat sedia ada, bukan dari tarikh bayaran.
Macam mana nak semak tarikh tamat SSM saya?
Semak pada sijil pendaftaran anda atau login EzBiz dan lihat di bahagian senarai perniagaan. Maklumat tempoh sah ada dipaparkan di situ.
Saya dah tak aktif berniaga. Perlu renew jugak ke?
Kalau dah berhenti terus, lebih baik tamatkan pendaftaran secara rasmi melalui EzBiz dan bukannya biarkan tamat sendiri. Ini elakkan sebarang isu rekod di kemudian hari.
Boleh ke saya renew SSM guna telefon?
Boleh. Portal EzBiz boleh diakses melalui browser telefon, dan sijil boleh dimuat turun dalam format PDF terus ke telefon anda.
Sijil saya hilang. Macam mana nak dapat semula?
Login EzBiz dan cetak semula (reprint) sijil dengan bayaran minimum. Tak perlu pergi kaunter.
Saya ada beberapa perniagaan. Kena renew satu-satu ke?
Setiap pendaftaran perniagaan diperbaharui secara berasingan, tapi semuanya boleh diuruskan dalam satu akaun EzBiz yang sama.
SSM4U dan ezBiz Online sama ke?
Tak sama tapi berkait rapat. SSM4U (ssm4u.com.my) ialah portal log masuk generasi baru SSM, manakala ezBiz Online ialah sistem sebenar yang proses pendaftaran dan pembaharuan perniagaan. Sejak SSM4U diperkenalkan, anda log masuk melalui SSM4U dahulu, kemudian klik ke ezBiz Online untuk teruskan urusan renewal.
Kenapa sistem tak benarkan saya renew walaupun dalam tempoh sah?
Puncanya paling biasa ialah kompaun tertunggak yang belum diselesaikan — sistem online akan sekat renewal sehingga kompaun dijelaskan di kaunter SSM. Sebab lain termasuk log masuk guna akaun "Renewal by Others" berbanding akaun Owner, atau perniagaan didaftar bawah skim khas (contohnya 1 OKU 1 Perniagaan) yang ada had tempoh renewal tersendiri.
Apa Kata Pelanggan Kami
Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google
I really appreciate the continuous support, clear guidance, and helpful advice given throughout the process. It has been a smooth and pleasant experience dealing with such a dedicated and committed team.
Thank you once again for all the support and outstanding service. Keep up the great work!
