Bila cakap pasal setiausaha individu vs firma, ramai owner tak sedar yang mereka sebenarnya ada dua pilihan berbeza untuk lantik setiausaha syarikat: individu bertauliah, atau firma korporat yang ada pasukan penuh. Both boleh buat kerja yang sama dari segi statutori, tapi cara operasi dan risiko dia jauh berbeza.

Perlukan Setiausaha Syarikat Yang Stabil dan Boleh Dipercayai?
Pasukan kami sedia membantu urus keperluan statutori syarikat anda tanpa gangguan.
Setiausaha Syarikat Individu
Ini biasanya orang perseorangan yang bertauliah oleh SSM (dulu dipanggil Company Secretary berlesen). Kebaikannya, anda dapat point of contact yang tetap dan personal, dan kos selalunya lebih rendah.
Tapi risiko utama: kalau individu tu sakit, bercuti panjang, atau berhenti berkhidmat, syarikat anda boleh terkandas tanpa setiausaha — dan ingat, syarikat Sdn Bhd wajib ada setiausaha pada setiap masa. Kekosongan lebih dari 30 hari sendiri dah boleh jadi isu pematuhan.
Firma: Pilihan Setiausaha Individu vs Firma Korporat
Firma ada pasukan beberapa orang setiausaha berlesen bekerja bersama, jadi kalau seorang staff tak available, orang lain dalam firma boleh cover. Ini bagi kestabilan operational yang individu selalunya tak dapat sediakan.
Firma juga selalunya digabungkan dengan perkhidmatan lain (perakaunan, percukaian, e-Invois) dalam satu bumbung, jadi lebih senang untuk syarikat urus semua compliance dalam satu tempat.
Perbandingan Ringkas: Setiausaha Individu vs Firma
- Kos: Individu biasanya lebih murah, firma lebih mahal sikit tapi dengan value tambahan.
- Kestabilan: Firma menang sebab ada backup staff, individu bergantung pada satu orang.
- Personal touch: Individu selalunya lebih personal dan responsive untuk syarikat kecil.
- Skop perkhidmatan: Firma selalunya boleh sediakan perkhidmatan bersepadu (akaun + cukai + setiausaha).
Rujukan rasmi
Syarat, kadar dan tarikh akhir berubah dari masa ke masa. Sahkan dengan agensi berkenaan sebelum anda failkan.
Jadi, Mana Yang Patut Anda Pilih?
Pendek kata, keputusan setiausaha individu vs firma bergantung pada saiz syarikat anda. Kalau syarikat anda kecil, straightforward, dan anda dah kenal individu tu dengan baik, lantikan individu boleh berfungsi dengan baik. Tapi kalau syarikat anda sedang berkembang, ada beberapa pemegang saham, atau anda mahukan ketenangan fikiran yang urusan statutori tak akan terganggu walau apa jua berlaku — firma korporat biasanya pilihan yang lebih selamat jangka panjang.
Kalau anda nak bincang mana yang paling sesuai untuk struktur syarikat anda, jom hubungi kami untuk perbincangan tanpa obligasi.
Bolehkah Anda Tukar Daripada Individu Kepada Firma (Atau Sebaliknya)?
Soalan Yang Patut Anda Tanya Sebelum Buat Keputusan
Soalan Lazim
Apa risiko utama lantik setiausaha syarikat individu?
Apa kelebihan firma setiausaha syarikat berbanding individu?
Mana yang lebih murah, individu atau firma?
Bila lebih sesuai pilih firma berbanding individu?
Bolehkah tukar dari individu ke firma bila-bila masa?
Firma company secretary biasanya lebih mahal berapa banyak berbanding individu?
Kalau setiausaha individu saya letak jawatan mendadak, apa saya patut buat?
Apa Kata Pelanggan Kami
Rating 5.0 daripada 29 ulasan Google
I really appreciate the continuous support, clear guidance, and helpful advice given throughout the process. It has been a smooth and pleasant experience dealing with such a dedicated and committed team.
Thank you once again for all the support and outstanding service. Keep up the great work!
