Perlukan Bantuan Pematuhan Syarikat Anda?
Berbincang dengan pakar kami untuk pastikan syarikat anda sentiasa patuh dengan keperluan SSM dan percukaian.
Hubungi Kami WhatsApp KamiCara Daftar Syarikat Sdn Bhd: Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah
Nak daftar syarikat Sdn Bhd tapi tak tahu nak mula dari mana? Artikel ini terangkan langkah demi langkah proses pendaftaran melalui SSM, kos sebenar yang terlibat dan apa yang perlu dibuat selepas syarikat didaftarkan.
Syarat Asas Daftar Sdn Bhd

- Sekurang-kurangnya seorang pengarah berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin di Malaysia
- Sekurang-kurangnya seorang pemegang saham (boleh orang yang sama dengan pengarah)
- Modal berbayar minimum RM1 sahaja
- Pengarah tidak muflis dan tidak pernah disabitkan kesalahan tertentu
Langkah 1: Carian dan Tempahan Nama Syarikat
Langkah 2: Isi Superform (Seksyen 14)
- Jenis perniagaan dan kod MSIC
- Alamat berdaftar dan alamat perniagaan
- Maklumat pengarah dan pemegang saham
- Jumlah modal dan pecahan saham
Langkah 3: Bayar Fi Pendaftaran RM1,000
Langkah 4: Lantik Setiausaha Syarikat Dalam 30 Hari
Dokumen dan Maklumat Yang Perlu Disediakan
- Salinan IC semua pengarah dan pemegang saham (pasport bagi warganegara asing)
- Alamat kediaman terkini setiap pengarah dan pemegang saham
- Email dan nombor telefon aktif setiap individu
- Alamat berdaftar syarikat (kebiasaannya alamat pejabat setiausaha syarikat)
- Alamat operasi perniagaan
- Penerangan aktiviti perniagaan dan kod MSIC yang sepadan
- Jumlah modal permulaan dan pecahan saham antara pemegang saham
Kesilapan Biasa Semasa Daftar Sdn Bhd
- Pecahan saham tak difikirkan masak-masak. Ramai yang bahagi 50-50 dengan rakan kongsi tanpa fikir apa jadi kalau ada deadlock. Tiada siapa boleh buat keputusan bila kedua-dua pihak tak setuju.
- Guna alamat rumah sebagai alamat berdaftar. Boleh, tapi semua notis rasmi dan dokumen undang-undang akan sampai ke situ, dan alamat ini terbuka kepada carian awam. Kebanyakan orang guna alamat firma setiausaha syarikat.
- Nama syarikat kena reject berkali-kali. Buat carian dulu di MyData atau portal SSM sebelum bayar tempahan. Elakkan nama yang hampir sama dengan syarikat lain atau mengandungi perkataan terkawal.
- Tak faham beza modal dibenarkan dan modal berbayar. Bawah Akta Syarikat 2016, konsep authorised capital dah tak wujud. Yang penting ialah modal berbayar sebenar yang disuntik ke dalam syarikat.
- Lupa kewajipan selepas daftar. Pendaftaran hanyalah permulaan. Annual return, penyata kewangan dan pemfailan cukai menyusul setiap tahun. Rancang kos ini dari awal.
Kos Sebenar Daftar Sdn Bhd
- Tempahan nama SSM: RM50
- Fi pendaftaran SSM: RM1,000
- Yuran khidmat setiausaha syarikat (pakej penubuhan): berbeza ikut firma, biasanya termasuk dokumen pemerbadanan, resolusi pertama dan khidmat nasihat
- Retainer bulanan setiausaha syarikat selepas penubuhan
Selepas Daftar, Apa Pula?
- Buka akaun bank syarikat (perlu dokumen pemerbadanan dan resolusi pengarah)
- Daftar fail cukai syarikat dengan LHDN melalui e-Daftar
- Daftar sebagai majikan dengan KWSP dan PERKESO bila mula ambil pekerja
- Semak kewajipan e-Invois berdasarkan jualan tahunan
- Sediakan rekod perakaunan dari hari pertama. Jangan tunggu hujung tahun
Timeline Penuh: Dari Idea Sampai Beroperasi
- Hari 1-2: Carian dan tempahan nama. Kelulusan nama biasanya dalam sehari kalau tiada isu.
- Hari 3-5: Lengkapkan superform dan hantar. SSM proses dalam 1 hingga 3 hari bekerja.
- Hari 5-10: Syarikat diluluskan. Lantik setiausaha syarikat, sediakan resolusi pertama dan dokumen untuk bank.
- Minggu 2-4: Buka akaun bank. Ini selalunya bahagian paling lambat sebab bank ada proses semakan sendiri. Sesetengah bank ambil 2 hingga 3 minggu.
- Selari dengan itu: Daftar fail cukai dengan LHDN, setup sistem perakaunan dan semak keperluan e-Invois serta lesen perniagaan tempatan.
Nak Daftar Tanpa Pening Kepala?
Soalan Lazim
Berapa lama proses daftar Sdn Bhd?
Kalau dokumen lengkap, keseluruhan proses dari carian nama sampai syarikat didaftarkan boleh siap dalam 5 hingga 10 hari bekerja.
Boleh ke saya daftar sendiri tanpa setiausaha syarikat?
Boleh, melalui MyCoID. Tapi anda tetap wajib lantik setiausaha syarikat dalam 30 hari selepas pemerbadanan. Kebanyakan orang serahkan terus kepada firma supaya dokumen dan pematuhan diuruskan dengan betul dari awal.
Warganegara asing boleh daftar Sdn Bhd?
Boleh, dengan syarat sekurang-kurangnya seorang pengarah bermastautin di Malaysia. Ada sektor tertentu yang ada syarat ekuiti tambahan.
Apa beza Notis Pendaftaran dengan Sijil Section 17?
Notis pendaftaran dikeluarkan secara automatik bila syarikat diluluskan dan sudah memadai sebagai bukti pemerbadanan. Sijil Section 17 pula dokumen rasmi tambahan yang dibeli dari SSM. Sesetengah bank dan agensi minta sijil ini, jadi kebanyakan syarikat akan beli sekali terus.
Perlu ke saya sediakan perlembagaan (constitution) syarikat?
Tak wajib. Syarikat boleh beroperasi berdasarkan peruntukan Akta Syarikat 2016 sahaja. Tapi kalau syarikat ada lebih dari seorang pemegang saham, perlembagaan atau perjanjian pemegang saham sangat digalakkan untuk elak pertikaian kemudian hari.
Bila syarikat saya perlu mula bayar cukai?
Syarikat baru perlu hantar anggaran cukai (CP204) dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mula operasi, kecuali dikecualikan bagi tempoh tertentu untuk SME yang layak. Ini antara sebab pentingnya ada akauntan atau ejen cukai dari awal.