4 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melantik Setiausaha Syarikat.

Memilih setiausaha syarikat untuk pendaftaran syarikat Sdn Bhd anda adalah satu pilihan yang perlu dibuat selepas membuat pertimbangan yang menyeluruh. Setiausaha syarikat bukan sahaja akan memainkan peranan ketika proses pendaftaran syarikat, mereka akan terus berkhidmat selagi mana syarikat tersebut wujud atau selagi perkhidmatan mereka tidak diberhentikan untuk digantikan dengan setiausaha syarikat yang lain.

Ini 4 perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum melantik syarikat setiausaha untuk syarikat anda.

1. Pengalaman
Kami sarankan anda memilih setiausaha syarikat yang sekurang-kurangnya mempunyai beberapa tahun pengalaman sebagai setiausaha syarikat. Faktor pengalaman penting kerana setiausaha syarikat yang berpengalaman akan dapat membantu mempercepat dan memudahkan urusan kesetiausahaan syarikat anda.

2. Saiz Syarikat
Kami sarankan anda memilih syarikat setiausaha yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 setiausaha syarikat dan beberapa pembantu. Ini untuk memastikan bahawa jika berlaku sesuatu insiden di mana anda memerlukan dokumentasi syarikat anda dengan cepat, setiausaha syarikat tersebut mempunyai sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat yang sedia untuk membantu.

3. Sistem dan Teknologi
Sistem dan teknologi terkini boleh memastikan proses penyediaan dokumen berjalan dengan lebih lancar dan menghasilkan kerja yang tepat. Pilihlah syarikat setiausaha yang anda lihat bergerak seiring dengan kemajuan teknologi moden.

4. Harga Berpatutan
Bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan setiausaha syarikat berbeza dari satu syarikat setiausaha dengan yang lain. Sebelum anda bandingkan harga, pastikan anda fahami dengan jelas segala perkhidmatan yang termasuk di dalam sesuatu pakej perkhidmatan kerana pakej-pakej yang ditawarkan kemungkinannya berbeza dari satu syarikat dengan yang lain.

Jika anda mendapati anda telah tersilap pilih syarikat setiausaha, anda boleh memilih untuk menggantikan perkhidmatan mereka dengan syarikat setiausaha yang berlainan pada bila-bila masa.
Jika anda sedang mencari sebuah syarikat setiausaha yang menepati keempat-empat kriteria yang disenaraikan di atas, anda boleh pertimbangkan syarikat setiausaha SAS&CO.

SAS&CO mempunyai kakitangan setiausaha syarikat yang berpengalaman, menggunakan sistem dan teknologi moden yang terkini, dan menawarkan perkhidmatan setiausaha syarikat pada kadar yang berpatutan. Tubuhkan syarikat Sdn Bhd anda dengan SAS&CO untuk menikmati promosi PKP serendah RM1,400.00!

Hubungi sekarang sebelum promosi tamat atau layari https://wa.me//60122769300 untuk maklumat lanjut.