Perbaharui Pendaftaran Perniagaan / Enterprise

Pendaftaran perniagaan (Personal, Enterprise, atau Partnership) di bawah SSM sah untuk tempoh 1 hingga 5 tahun sahaja, bergantung pilihan semasa pendaftaran. Selepas tamat tempoh, pemilik perniagaan wajib memperbaharui pendaftaran sebelum tarikh luput bagi mengelakkan penalti lewat daftar atau status perniagaan menjadi tidak aktif di SSM. Perniagaan yang gagal diperbaharui turut boleh menjejaskan akses kepada perbankan, permohonan lesen, dan transaksi rasmi yang memerlukan sijil pendaftaran sah.SASCO membantu uruskan proses pembaharuan pendaftaran perniagaan secara online — termasuk perniagaan dengan lebih daripada satu cawangan. Pilih tempoh pembaharuan dan bilangan cawangan di borang di bawah, dan pasukan kami akan uruskan selebihnya.Soalan Lazim: Bolehkah saya perbaharui serentak untuk tempoh lebih daripada setahun? Ya — pilih terus tempoh 2 hingga 5 tahun di borang bawah untuk kurangkan kekerapan urusan tahunan anda.
Form Untuk SSM Perbaharui Pendaftaran Perniagaan

Polisi Privasi · Terma & Syarat

Chat dengan SASCO

Isi ringkas details ni, kami sambungkan terus ke WhatsApp.